Salam Lebaran...


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Muhadharah Bersama Profesor Dr. Rif'at Fauzi Abdul Muthallib


Iklan Muhadharah Bersama Profesor DR. Rif'at Fauzi Abdul Muthallib
(Pensyarah Kuliah Syariah, Darul Ulum, Universiti Kaherah)

Majlis Pembacaan Kutub Siitah...Siri Pertama- Sahih Bukhari


Pengenalan Program

Mafhum hadith : Daripada Rasulullah SAW telah bersabda : Aku tinggalkan kepada kamu

semua, dua perkara.Apabila kamu berpegang dengan keduanya,kamu tidak akan sesat selamanya,yakni kitab Allah dan sunnah Rasulullah.

Alhamdulillah,segala rasa syukur selayaknya dipanjatkan ke hadrat Allah SWT,selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW dan ahli keluarga baginda,para sahabat dan tabi’in,tabi’ tabi’in,para alim ulama’ dan para pejuang Allah sekalian.

Hadith adalah sumber rujukan kedua bagi umat Islam selepas Al-Quran diturunkan. Sunan Sittah adalah himpunan hadith-hadith Rasulullah SAW daripada enam perawi terbesar pada zaman keemasan ilmu hadith dan pembukuan hadith pada zaman tersebut. Sunan ini juga menjadi tunjang dalam ilmu hadith sebagai panduan dalam memandu kehidupan manusia ke arah mengikuti sunnah-sunnah Nabi Muhammad SAW.

Oleh kerana itu,pihak PMRAM telah mengambil inisiatif untuk menjadikan program ini sebagai thaqafah tambahan kepada ahli-ahli PMRAM dan bukan ahli PMRAM umumnya. Mudah-mudahan,ianya memberi maanfaat kepada semua serta dapat mengamalkan ilmu-ilmu dengan sebaiknya.

Dengan ini,pihak PMRAM berharap program pembacaan sunan sittah ini dapat mencapai matlamatnya .Semoga usaha yang dijalankan ini mendapat keredhaan Allah SWT dan mendapat sokongan semua pihak yang terlibat untuk sama-sama menjayakan program ini.

Pengenalan Imam Bukhari

Muhammad Ibn Ismail Ibn Ibrahim Ibn al-Mughirah Ibn Bardizbah al-Bukhari (محمد بن اسماعيل بن ابراهيم بن المغيرة بن بردزبه البخاري), pengarang kumpulan tradisi yang dikumpulkan dalam Sahih Bukhari, yang dianggap orang Islam Sunni sebagai Hadith sahih daripada Nabi Muhammad s.a.w.. Imam Bukhari (810 – 870) dilahirkan di Bokhara (Bukharä) (kini di Uzbekistan), pada keluarga Iran, pada 194 H (810 M).

Latar Belakang

Imam al-Bukhari dilahirkan pada 13 Syawal 194 Hijrah di bandar Bokhara, di bahagian timur negeri Turkestan. Bapanya meninggal dunia semasa ia masih kanak-kanak, dan ibunya membesarkan beliau bersendirian. Ibunya memelihara dan mendidiknya dengan penuh ihsan serta berkorban apa sahaja untuk memberikan pendidikan yang terbaik kepada beliau.

Semasa kecil lagi, nilai intelek Imam Bukhari telah teserlah. Beliau amat warak dan mempunyai daya ingatan yang luar biasa serta mempunyai kesungguhan dalam pelajarannya. Diriwayatkan bahawa ketika di dalam belasan tahun, beliau sudah menghafal 70,000 hadis Rasulullah s.a.w.

Ketika berumur 16 tahun, Imam Bukhari pergi ke Makkah bersama ibunya untuk menunaikan Haji. Imam Bukhari terlalu seronok berada di Makkah sehinggakan dia memanjangkan tempoh lawatan di Makkah untuk membolehkan beliau berguru dengan cendekiawan di Makkah. Pada umur 18 tahun, Imam Bukhari menerbitkan bukunya yang pertama mengenai sahabat-sahabat Rasulullah s.a.w., dan selepas itu buku sejarah bertajuk "Al-Tarikh-al-Kabir".

Imam Bukhari amat meminati sejarah dan hadis-hadis Rasulullah s.a.w. dan menumpukan banyak tenaga bertemu dan belajar dengan cendekiawan yang terulung untuk mempelajari dan membahaskan hadis Rasulullah. Imam Bukhari melawat Damsyik, Kaherah, Baghdad, Basra, Madinah dan lain-lain tempat untuk belajar dan membincangkan hadis-hadis yang dipelajari. Semasa di Baghdad, Imam Bukhari selalu berbincang dengan Imam Ahmed Hanbal, pengasas fahaman (mazhab) Hanbali.

Semasa pengembaraannya, Imam Bukhari hanya mempunyai satu matlamat – mengumpulkan seberapa banyak ilmu yang mungkin boleh dikumpul untuk membolehkan beliau membuat pengumpulan yang terbesar sunnah hadis Rasulullah s.a.w.. Beliau begitu giat menulis, dan pada satu ketika berkata "Saya sudah menulis mengenai 1800 orang, setiap satunya meriwayatkan hadis Rasulullah s.a.w., dan saya hanya menulis mengenai mereka yang lulus ujian yang ditetapkan."

Imam Bukhari mempunyai ingatan yang mengkagumkan, dan sumbangannya terhadap sains pengumpulan hadis tidak dapat ditandingi. Dia merakamkan hadis Rasulullah s.a.w. dalam buku "Al-Jami-al-Sahih”. Dia membuat penyelidikan selama 16 tahun dan meneliti 600,000 buah hadis sebelum memilih 7,525 buah hadis yang beliau berpuas hati menepati takrif kesahihan yang beliau tetapkan.

Dipetik dari : http://kutubsittah-pmram.blogspot.com/

Bezanya Ramadhan...

Alhamdulillah hari ni dah masuk hari yang ke-16 ummat Islam menunaikan ibadah puasa. Maknanya hanya tinggal lebih kurang setengah bulan sahaja lagi Ramadhan akan meninggalkan kita semua. Kalau di zaman Rasulullah Sallallahu Alaihi Wassalam pasti baginda dan semua para sahabat sedang sibuk mengerjakan pelbagai amalan ibadah pada saat-saat akhir Ramadhan ini. Rasa diri masih jauh dengan Allah dan masih kurang amalan kepadaNya cukup menebal dalam diri apatah lagi Ramadhan akan meniggalkan mereka tidak lama lagi. Tahun depan belum tentu akan bersua semula dengan bulan yang mulia ini. Masing-masing akan berlumba-lumba untuk menambah amalan ibadah sehinggakan malam-malam terakhir, masjid-masjid akan penuh dengan para jemaah yang sedang beri'tikaf. Memohon keampunan Allah dan menuntut keradhaanNya.

Kalau di Malaysia, lain pula keadaannya. Masing-masing akan berlumba-lumba juga, bukan ke masjid untuk beri'tikaf tetapi untuk ke pusat-pusat membeli belah dan pasaraya. Raya dah dekat. Kenalah beli barang-barang persiapan raya pula. Amalan semakin sedikit tidak diambil kisah. Raya setahun sekali la katakan! Tahun depan belum tentu bersua kembali dengan hari raya ni. Jadi, semua sedang sibuk membuat persiapan raya. Buktinya setengah bulan nak raya, lagu raya dah berkumandang di seluruh pelusuk tanahair. Kuih raya, langsir raya, baju raya dan macam-macam lagi sudah tersedia dengan baik dalam almari walaupun amalan ibadah tidak banyak bahkan maksiat dan dosa semakin banyak menjelang raya. Puasa pun banyak yang masih perlu diperbaiki sebab bercampur dengan pelbagai jenis maksiat sepanjang hari. Mentaliti kebanyakan rakyat di Malaysia adalah melakukan yang terbaik pada kejayaan (kalau betul-betul berjaya la), bukan melakukan yang terbaik untuk kejayaan. Sebabnya ialah beria-ria nak sambut raya (tanda kejayaan ummat Islam yang menyempurnakan sebulan puasa), bukan beria-ria untuk menyempurnakan puasa tersebut dengan sebaiknya barulah sambut raya tanda kejayaan di akhirnya. Apa la yang nak jadi dengan tanahairku....

Berbeza pula keadaannya di Bumi anbia' ni. Kalau bab bulan puasa, rakyat Mesir patut dipuji berbakul-bakul sebab suasana akhir Ramadhan amat terasa di sini. Bermula awal Ramadhan lagi persiapan Ramadhan dah dibuat. Bukan persiapan raya, sebab raya bagi mereka tidak lebih kepada hanya satu tanda meraikan kejayaan sebulan berpuasa. Walaupun suasananya pasti tidak sebanding pada zaman Rasulullah, namun ia pasti turut memberi kesan yang mendalam pada hati nurani setiap rakyat keturunan nabi Musa ini termasuklah mahasiswa-mahasiswa Malaysia di sini. Dari setua-tua manusia, hinggalah kepada sekecil-kecilnya,pasti tidak akan ketinggalan dalam menunaikan pelbagai kegiatan dan amalan ibadah tidak tertakluk pada puasa semata-mata sama ada di masjid atau di kedai-kedai malahan di kaki-kaki lima semuanya akan memberi satu kelainan apabila tiba saat akhir Ramadhan. Di masjid-masjid, akan berkumandanglah bersahut-sahutan suara syahdu para qari membacakan ayat-ayat suci al-Qur'an dalam solat terawikhnya dan para masyayikh memberikan kalam taujihat serta nasihat dalam ceramahnya dengan penuh bersemangat. Tiba waktunya, qiamullail akan didirikan di seluruh pelusuk masjid diiringi dengan rintihan dan doa memohon keampunan dariNya setiap kali selepas solat. Bacaan al-Qur'an akan menjadi rutin dalam kehidupan seharian kerana di mana sahaja akan kelihatan manusia yang terkumat kamit menyebut kalam Allah sambil tangan memegang mashaf tidak kira di mana sahaja berada. Di dalam bas, pejabat, tempat perhentian, taman apatah lagi di masjid serta musolla.

Orang-orang kaya dan para peniaga pula pasti tidak lokek mengurangkan harga barangan dan bersedekah menjelang akhir Ramadhan ini. Masing-masing berebut untuk bersedekah dan melakukan kebajikan kerana katanya 'asyan Ramadhan karim'. Sampaikan kadang-kadang kami terpaksa membahagi-bahagikan tempat untuk berbuka puasa kerana terlalu banyak jemputan dari para penduduk di sini. Pernah satu ketika ada salah seorang sahabat ana menyebut :"Orang-orang Mesir ni bila dah sedekah, macam dah tak takut miskin!" Tersenyum ana bila mendengar kalam tersebut. Ana rasa mereka ni bukan tidak takut miskin, tapi mengenangkan janji -janji Allah dan ganjaranNya kepada orang-orang yang bersedekah dan melakukan kebajikan lebih-lebih lagi di bulan puasa ni, sudah tentu mereka akan memilih untuk kebahagiaan dan keuntungan yang lebih hakiki di akhirat kelak. Agak-agaknya bilakah suasana sebegini akan terasa di Bumi Malaysia pula ya??! Tepuk dada tanyalah iman masing-masing....anda pasti ada jawapannya...yang penting suasana atau bi'ah ini harus dibentuk oleh setiap insan yang bergelar Muslim selagi hayat masih dikandung badan...

blogger-emoticon.blogspot.com~gunakanlah kesempatan yang ada untuk melakukan kebaikan~

 

©2009 ~ibnuahmad addumyati~ | by TNB