Media Baru: Peranan Dan Cabarannya Terhadap Gerakan Islam
Pengenalan 1
Media baru adalah istilah yang dimaksudkan untuk mencakup kemunculan digital, komputer, atau jaringan teknologi informasi dan komunikasi di akhir abad ke20. Sebahagian besar teknologi yang digambarkan sebagai ‘media baru’ adalah digital, seringkali memiliki karakteristik dapat dimanipulasi, bersifat jaringan, padat, mampat, interaktif dan tidak memihak. Beberapa contoh adalah seperti internet, website, blog, facebook, computer, multimedia, permainan komputer, CD-ROMS, dan DVD. Media baru bukanlah television, filem, majalah, buku atau publikasi berasaskan kertas. (Wikipedia)
Pengenalan 2
Gerakan Islam adalah istilah yang dimaksudkan bagi satu amal Islami berterusan yang bersifat massa, berkumpulan dan tersusun demi mengembalikan hak agama Islam untuk memimpin masyarakat dan mengarah seluruh kehidupan. (al Qaradhawi)
Pengenalan 3
Khalayak pengguna facebook agak tergamam, kecewa dan keliru apabila dikhabarkan bahawa pengasas facebook, Mark Zuckerberg akan menutup media jaringan sosial paling popular itu pada pertengahan Mac 2011 nanti. Khabar angin yang sentiasa mewarnai alam media baru itu mungkin sengaja ditimbulkan oleh pihak tertentu untuk melihat sejauh manakah kebergantungan masyarakat dunia terhadap peranan media baru di dalam kehidupan mereka.
Ini adalah satu contoh keadaan kalut yang menggambarkan betapa besarnya peranan media baru dalam mencorak pemikiran dan pergerakan manusia moden hari ini. Hakikatnya, seluruh dunia begitu terkesan dengan peranan media baru terutama di dalam menggerakkan golongan ‘middle class’ untuk merobohkan tembok penguasaan kelas atasan/pemerintah di dalam menentukan politik dan hala tuju sesebuah negara.
Sebagaimana media baru telah menjadi senjata ampuh yang mencabar dan mengancam kerajaan dan anti establishment, ia juga turut mengundang isu yang sama terhadap gerakan Islam yang berada di tengah-tengah medan pertarungan merebut teraju kepimpinan manusia.
Kertas ini ditulis secara sepintas untuk melihat bagaimanakah peranan dan cabaran media baru terhadap oleh gerakan Islam dan langkah-langkah yang perlu diambil demi memastikan media baru bertindak sebagai senjata yang menghunus untuk mereka, bukan ke atas mereka.
Cabaran Media Baru Terhadap Gerakan Islam
Berikut adalah beberapa cabaran yang bersifat ancaman yang akan memberikan kesan buruk dan negatif terhadap misi dan momentum gerakan Islam di persada masyarakat. Ia juga turut memalit pandangan negatif terhadap para pekerja gerakan Islam;
Lahirnya kelompok muslim yang merajakan kefahaman liberal dan kebebasan hidup mengikut perspektif barat. Ia adalah kesan daripada sekurang-kurangnya dua faktor: Pertama, rasa bosan dan ingin bebas daripada budaya politik mengongkong pemerintah. Kedua, rasa kagum dan terima kasih terhadap dunia barat yang mempromosikan hak dan kebebasan hidup melalui media baru.
Lahirnya kelompok muslim yang secara bebas, terbuka dan tidak terkawal di dalam mengkritik, bahkan mempersendakan perkara-perkara pokok dan suci di dalam ugama. Fenomena kotor ini begitu mempengaruhi tahap sensitiviti umat Islam yang semakin rendah, terutama di kalangan golongan muda dan pertengahan yang begitu terpengaruh dengan budaya baru canangan media baru tersebut.
Menambahkan kekeliruan masyarakat non-muslim terhadap agama Islam dan para pejuangnya, terutama pengenalan mereka terhadap agama Islam yang disalah ertikan. Ini juga disebabkan oleh dua faktor utama; Pertama, mereka lebih rapat kepada rakan-rakan muslim berfahaman liberal yang salah. Kedua, mereka lebih terdedah kepada maklumat-maklumat mengenai Islam daripada sumber-sumber yang salah.
Hilangnya populariti terhadap media baru dan alternatif Islam disebabkan paparan dan hasilan ‘kurang menyengat’ oleh pengamal media baru muslim. Fenomena ini begitu dilihat apabila portal – portal berita faham liberal jauh mendahului saingannya dari portal – portal berita bersifat Islamik.
Patern ‘sentiasa terkebelakang’ atau ‘memegang ekor kerbau’ yang sinonim dengan umat Islam pastinya menambah burukkan lagi persepsi massa terhadap keupayaan Islam untuk memimpin.
Hilangnya minat, pengaruh dan sokongan golongan muda terhadap gerakan Islam dan programnya disebabkan minat mendalam mereka terhadap media baru yang begitu dikuasai kumpulan bukan Islamik. Ini dapat dikesan melalui kurangnya populariti ikon dan qudwah islami di mata golongan muda hari ini.
Budaya akhlak yang agak liar dan buruk yang mewarnai amalan interaksi di dalam media baru akibat pengaruh budaya kebebasan bersuara acuan barat melaluinya. Budaya tidak berakhlak mulia ini akhirnya telah menimbulkan polemik, caci maki dan fitnah yang boleh memporak perandakan institusi kehidupan masyarakat Islam.
Kebocoran maklumat dan kerahsiaan dalaman gerakan Islam yang begitu mudah, cepat dan meluas. Walaupun fenomena ini melampaui tidak hanya ke atas gerakan Islam sahaja, bahkan kepada seluruh pertubuhan dan kerajaan (contohnya fenomena Wikileaks), tetapi ia telah memberi kesan yang besar kepada keutuhan gerakan Islam yang mementingkan etika dan adab kerahsiaan dalam jamaah.
Kegagalan kumpulan Islam untuk mengelak diri atau mengawal diri daripada mendedahkan perselisihan di antara mereka melalui media baru, samada ianya bersifat perselisihan individu di dalam jamaah ataupun di antara kumpulan yang berlainan. Jika sebelum ini perselisihan dalaman hanya pecah di dalam dan mudah diuruskan, tetapi kini ia dilihat agak sukar akibat ‘kegatalan’ pengamal media baru untuk sentiasa mendahului di dalam penyampaian berita dan maklumat sensasi.
Goncangnya ‘keperibadian muslim’ gerakan Islam dengan lahirnya ahli-ahli yang agak longgar ikatannya dengan adab dan akhlak pekerja gerakan Islam. Lahirnya, melalui media baru, budaya mengkritik kepimpinan yang agak melampau, hilangnya budaya thiqah di antara pemimpin dan anak buah, tersisihnya keluhuran budaya wala’ dan taat dan melebarnya jurang perselisihan di antara individu jamaah pasti akan mengakibatkan binaan Islami yang semakin merapuh di dalam gerakan Islam.
Cabaran – cabaran yang bersifat ancaman dari media baru ke atas gerakan Islam sebagaimana di atas menunjukkan betapa besarnya peranan media baru dan hubungannya di dalam memastikan momentum gerakan Islam di dalam menguasai massa dan seterusnya mencapai misi menerajui kepimpinan negara.
Justeru adalah menjadi tuntutan yang begitu mendesak ke atas gerakan Islam dan pekerjanya untuk menutupi segala kekurangan dan kelemahan yang dikesan akibat kelahiran media baru, seterusnya menjadikannya pula sebagai senjata ampuh bagi gerakan Islam di dalam meraih pengaruh dan sokongan masyarakat terhadap mereka.
Gerakan Islam Dan Peranan Media Baru
Berikut adalah beberapa cadangan yang menjadi cabaran positif untuk gerakan Islam yang perlu dinilai, seterusnya dilaksanakan demi memanfaatkan kemudahan teknologi media baru demi kebaikan dan kekuatan Gerakan Islam.
Melahirkan atau memanfaatkan tenaga mahir daripada kalangan aktivis gerakan Islam yang berupaya mengurus dan mencipta sesuatu melalui media baru yang mampu menarik masyarakat untuk mendekati dan memahami Islam, seterusnya mendapat sokongan mereka.
Mewujudkan beberapa tapak di laman sesawang yang sempurna dan menarik untuk kunjungan ramai para pengguna media baru, terutama generasi muda di dalam mendapatkan maklumat tepat, terkini, alternatif, interaktif dan menarik. Ini pastinya menuntut komitmen dan sumber kewangan yang besar, tetapi itu sepatutnya tidak boleh menjadi halangan yang besar kepada sebuah gerakan yang masih ketinggalan di dalam bidang penting ini.
Mengendalikan Facebook atau twitter bersifat portal berita yang sentiasa dikemaskini dengan maklumat-maklumat menarik dalam genre dipelbagaikan. Juga, kempen-kempen yang berterusan untuk menarik jumlah ‘fans’ yang mencecah ratusan ribu. Sebagai contoh, facebook ‘Pemuda PAS Malaysia’ dan ‘harakahmuda’ yang telah diusahakan oleh Dewan Pemuda PAS
Malaysia hendaklah diperkasakan dengan pemberitaan yang segera dan pelbagai. Ini memandangkan minat dan ‘kegilaan’ yang begitu ketara di kalangan anak muda terhadap penggunaan kedua-dua tapak tersebut.
Sentiasa mampu menyediakan jawaban yang segera daripada sudut pandang Islam terhadap segala isu msyarakat dan negara yang sentiasa dinantikan. Maka media baru akan menjadi instrument dakwah yang cukup berkesan.
Tenaga amilin (sepenuh masa) yang khusus untuk menumpukan sepenuh masanya untuk mengendalikan projek media baru.
Menyebarkan maklumat dan aktiviti lapangan gerakan Islam secara berterusan dan menarik. Di antara aktiviti yang perlu ditonjolkan adalah yang bersifat kebajikan dan hiburan Islam, selain aktiviti dan pendirian politik Islam.
Sentiasa menonjolkan akhlak Islam yang konsisten di dalam penyebaran maklumat dengan menjauhi penyebaran fitnah, penghinaan terhadap individu, humor melampau dan sebagainya.
Sentiasa menyebarkan akhlak Islam dan berpesan agar pengguna media baru terdidik dengan budaya Islam yang mementingkan akhlak yang cemerlang.
Dengan melaksanakan tuntutan di atas ke arah penggunaan media baru secara berkesan oleh gerakan Islam, segala ancaman dan serangan ke atas Islam akan dapat diatasi dengan lebih baik dan terkawal. Ia menjadi cabaran besar ke atas aktivis gerakan Islam untuk menyempurnakan kewajiban tersebut yang menuntut pengorbanan harta, tenaga dan pemikiran.
Penutup
Peranan besar media baru di dalam mencorak pemikiran masyarakat haruslah dilihat secara positif oleh gerakan Islam. Kita terpaksa mendepani kemajuan sains dan teknologi maklumat secara lebih berani dan bersedia. Di hujungnya, kita berharap untuk melihat media baru akan menjadi senjata utama memartabatkan perjuangan gerakan Islam untuk mengembalikan hak Islam sebagai ugama rasmi dari langit untuk menyusun kehidupan manusia, khalifah Allah di bumi ini.
Media baru mestilah dianggap senjata Allah untuk khalifahNya di medan juang.
Murnikan Perjuangan
Maknakan Kemenangan
Nik Mohamad Abduh bin Nik Abdul Aziz
Pengerusi Akademi Tarbiyah DPP Pusat
(Dibentangkan untuk Himpunan Dunia Media Baru oleh DPP Malaysia)
Merujuk kepada halaman 6, Harian Metro pada hari Sabtu bertarikh 11 Disember 2010 (link), satu isu telah dipaparkan berkenaan penyelesaian yang dikemukan oleh Datuk Dr. Fadzilah Kamsah kepada seorang wanita yang bekerja sebagai GRO. Wanita yang sedang sarat mengandung itu mengadu tentang dirinya yang tidak mempunyai sumber pencarian rezeki melainkan dengan melacur. Penyelesaian yang diberikan oleh beliau ialah dengan membenarkan wanita tersebut meneruskan kegiatan melacur untuk menyara kos sara hidup setelah bersalin dalam keadaan dia mestilah merasakan tidak redha terhadap perbuatan yang dilakukan sebelum berada dalam keadaan selesa untuk berpindah kepada pekerjaan yang lain.
Dalam perbincangan ini, pihak MANHAL PMRAM ingin mengetengahkan beberapa tumpuan utama yang akan dibahaskan. Perkara tersebut ialah :
• Bahaya mendekati zin.
• Dharurat menurut pandangan agama.
• Penyelesaian alternatif kepada masalah.
Bahaya Mendekati Zina
Firman Allah S.W.T. dalam Surah Al-Isra’ ayat ke-32 :
32. dan janganlah kamu menghampiri zina, Sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan Yang keji dan satu jalan Yang jahat (yang membawa kerosakan).
Hadith Nabi S.A.W. melalui Riwayat Imam Bukhari :
حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ الْمُثَنَّى أَخْبَرَنَا إِسْحَاقُ بْنُ يُوسُفَ أَخْبَرَنَا الْفُضَيْلُ بْنُ غَزْوَانَ عَنْ عِكْرِمَةَ عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَا يَزْنِي الْعَبْدُ حِينَ يَزْنِي وَهُوَ مُؤْمِنٌ وَلَا يَسْرِقُ حِينَ يَسْرِقُ وَهُوَ مُؤْمِنٌ وَلَا يَشْرَبُ حِينَ يَشْرَبُ وَهُوَ مُؤْمِنٌ وَلَا يَقْتُلُ وَهُوَ مُؤْمِنٌ قَالَ عِكْرِمَةُ قُلْتُ لِابْنِ عَبَّاسٍ كَيْفَ يُنْزَعُ الْإِيمَانُ مِنْهُ قَالَ هَكَذَا وَشَبَّكَ بَيْنَ أَصَابِعِهِ ثُمَّ أَخْرَجَهَا فَإِنْ تَابَ عَادَ إِلَيْهِ هَكَذَا وَشَبَّكَ بَيْنَ أَصَابِعِهِ
Maksudnya : Telah menceritakan kepada kami Muhammad bin Al Mutsanna Telah mengabarkan kepada kami Ishaq bin Yusuf Telah mengabarkan kepada kami Al Fudhail bin Ghazwan dari Ikrimah dari Ibnu Abbas radliallahu 'anhuma mengatakan, Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Tidaklah berzina seorang hamba yang berzina ketika ia berzina dalam keadaan beriman, dan tidaklah mencuri ketika ia mencuri dalam keadaan beriman, tidaklah ia meminum khamr ketika meminumnya dan ia dalam keadaan beriman, dan tidaklah dia membunuh sedang dia dalam keadaan beriman." Kata Ikrimah, saya bertanya kepada 'Ibnu 'Abbas; 'bagaimana iman bisa dicabut padanya? ' ia menjawab; 'begini', sambil menjalinkan jari-jemarinya, kemudian ia keluarkan, 'maka jika ia bertaubat, iman itu kembali kepadanya, ' sambil ia menjalin jari jemarinya. (Hadith ke-6311)
Berdasarkan kepada ayat Al-Quran dan hadith nabi S.A.W. di atas, ia jelas menunjukkan kepada kita bahawa zina diharamkan di dalam Islam. Allah S.W.T. mengarahkan kepada umat Islam supaya tidak menghampiri zina, apatah lagi terjebak di dalamnya dengan cara menjauhkan diri daripada unsur-unsur yang membawa kepada maksiat ini. Beberapa perkara disebutkan oleh para ulama’ sebagai punca ke arah berlakunya zina, iaitu :
1. Pandangan mata.
2. Berdua-duan dengan lelaki / wanita bukan mahram.
3. Percampuran antara lelaki dan wanita (pergaulan bebas).
4. Berhias-hias dan memperagakan kecantikan.
5. Memakai wangi-wangian dan melunakkan suara.
Perbuatan yang disebutkan ini merupakan permulaan kepada maksiat yang lebih besar iaitu zina. Hal ini disebabkan Islam mengajar umatnya menjaga lima perkara : agama, akal, diri, keturunan, dan harta. Allah S.W.T turut menyebutkan balasan perbuatan ini dalam ayat 68 dan 69, Surah Al-Furqaan :
68. dan juga mereka Yang tidak menyembah sesuatu Yang lain bersama-sama Allah, dan tidak membunuh jiwa Yang diharamkan Allah membunuhnya, kecuali Dengan jalan Yang hak (yang dibenarkan oleh syarak), dan tidak pula berzina; dan sesiapa melakukan Yang demikian, akan mendapat balasan dosanya;
69. akan digandakan baginya azab seksa pada hari kiamat, dan ia pula akan kekal di Dalam azab itu Dengan menerima kehinaan, -
Zina merupakan salah satu dosa besar dalam Islam disebabkan balasan dan siksaan pedih yang menimpa mereka yang melakukannya diceritakan di dalam Al-Quran dan hadith Nabi S.A.W. Baginda menerangkan kepada kita dalam hadith di atas bahawa mereka yang mencuri, minum arak dan berzina tidak akan melakukannya dalam keadaan dia beriman. Seolah-olah gambaran perkara-perkara ini adalah suatu tembok pemisah antara keimanan dan kekufuran. Na’uzubillah min zalik.
• Balasan penzina : Firman Allah S.W.T. dalam Surah An-Nuur ayat ke-2 :
2. perempuan Yang berzina dan lelaki Yang berzina, hendaklah kamu sebat tiap-tiap seorang dari keduanya seratus kali sebat; dan janganlah kamu dipengaruhi oleh perasaan belas kasihan terhadap keduanya Dalam menjalankan hukum ugama Allah, jika benar kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat; dan hendaklah disaksikan hukuman seksa Yang dikenakan kepada mereka itu oleh sekumpulan dari orang-orang Yang beriman.
Hukuman ini dikenakan kepada mereka yang belum berkahwin manakala bagi mereka yang telah berkahwin akan direjam berdasarkan kepada hadith sahih Nabi S.A.W. yang menceritakan perbuatan rejam baginda kepada Ma’iz dan Al-Ghamidiah. Tetapi bagi mereka yang telah sedar dan ingin bertaubat perlulah segera menjauhi perbuatan ini agar tidak mendapat laknat dan kemurkaan daripada Allah S.W.T jika mereka tetap meneruskannya. Keadaan ini disebutkan dalam hadith Nabi S.A.W. :
حَدَّثَنَا أَبُو بَكْرِ بْنُ أَبِي شَيْبَةَ حَدَّثَنَا وَكِيعٌ وَأَبُو مُعَاوِيَةَ عَنْ الْأَعْمَشِ عَنْ أَبِي حَازِمٍ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ثَلَاثَةٌ لَا يُكَلِّمُهُمْ اللَّهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ وَلَا يُزَكِّيهِمْ قَالَ أَبُو مُعَاوِيَةَ وَلَا يَنْظُرُ إِلَيْهِمْ وَلَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ شَيْخٌ زَانٍ وَمَلِكٌ كَذَّابٌ وَعَائِلٌ مُسْتَكْبِرٌ
Maksudnya : Dan telah menceritakan kepada kami Abu Bakar bin Abu Syaibah telah menceritakan kepada kami Waki' dan Abu Muawiyah dari al-A'masy dari Abu Hazim dari Abu Hurairah dia berkata, "Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Ada tiga orang yang mana Allah tidak mengajak mereka berbicara pada hari kiamat, dan tidak mensucikan mereka." Abu Mu'awiyah menyebutkan, "Dan tidak melihat kepada mereka. Dan mereka mendapatkan siksa yang pedih: yaitu orang tua yang pezina, pemimpin yang pendusta, dan orang miskin yang sombong." (Hadith ke-156 riwayat Imam Muslim)
Dharurat Menurut Pandangan Agama
Sesetengah golongan pernah cuba mengaitkan keharusan zina dengan dharurat yang menimpa seseorang. Mereka mengatakan dalam keadaan dharurat individu berkenaan dibenarkan melakukan maksiat dengan melihat kepada kaedah umum الضرورات تبيح المحظورات yang bermaksud (Dharurat Itu Mengharuskan Perkara-Perkara Haram). Contohnya seorang lelaki yang kebuluran di dalam hutan dibenarkan untuk memakan khinzir yang berada di hadapannya setelah tidak menemui sebarang makanan dengan syarat bahagian yang dimakan itu hanya sekadar mampu memberikannya tenaga.
Namun, para ulama’ meletakkan garis panduan kepada kita dalam memahami erti dharurat yang sebenarnya :
1. Dharurat ini tidak dapat dibendung dan ditakuti akan membinasakan diri atau anggota badan.
2. Keadaan ini membolehkan perkara haram dilakukan untuk menjaga nyawa individu yang berada dalan keadaan dharurat samada dengan cara memakannya atau menjadikannya ubat.
3. Situasi dharurat tidak mempunyai kaitan dengan maksiat (zina, mencuri dan sebagainya) seperti yang telah disebutkan oleh jumhur ulama’, Ibnu Al-‘Arabi dan sebagainya. (seperti contoh : tidak boleh mengatakan diharuskan berzina / mencuri disebabkan dharurat)
4. Orang yang berada dalam keadaan dharurat tidak mendapati jalan lain untuk menolak kemudharatan yang dihadapinya.
5. Melakukan perkara haram (selepas dharurat) hanya sekadar boleh mengelakkan sesuatu tidak baik berlaku (maksudnya jangan berlebih-lebih).
6. Pasti dalam dirinya bahawa jika dia tidak mengambil sesuatu yang haram untuk menyelamatkan dirinya dia akan kehilangan nyawa atau anggota badan.
7. Pasti bahawa dirinya tidak mengambil bahagian saudaranya yang lain yang juga berada dalam keadaan dharurat.
8. Keburukan jika tidak mengambil perkara yang haram tadi lebih besar daripada keburukan yang bakal menimpa jika dia melakukannya (mengambil yang haram).
Oleh itu, perkara ini tidak boleh diambil mudah kerana ia berkaitan dengan keharusan yang Allah berikan sebagai ganti dalam menjaga salah satu daripada lima perkara asas anjuran agama yang telah disebutkan sebelum ini. Jika tidak, keharusan ini akan bertukar menjadi haram dan si pembuatnya terus berada dalam keadaan berdosa.
Penyelesaian Alternatif Kepada Masalah
Setelah melihat kepada pandangan agama dan situasi yang berlaku, pihak kami mengemukakan beberapa cadangan penyelesaian masalah :
1. Optimis terhadap pengampunan dan rahmat Allah S.W.T.
Allah S.W.T sangat belas kasihan kepada hambanya, mengampunkan kesalahan mereka dan menerima taubat. Firman Allah S.W.T. dalam Surah Al-Imran ayat ke-133 :
133. dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal Yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (mendapat) syurga Yang bidangnya seluas Segala langit dan bumi, Yang disediakan bagi orang-orang Yang bertaqwa;
Sesuatu maksiat yang dilakukan perlu dihapuskan melalui taubat kepada Allah S.W.T. dengan sebenar-benar taubat (taubat nasuha). Antara syarat bagi taubat ini diterima ialah :
1. Menyesal di atas perbuatan dosa yang telah lalu.
2. Menyucikan diri daripada dosa iaitu memohon pengampunan daripada Allah S.W.T.
3. Berazam tidak akan mengulangi perbuatan tersebut.
4. Jika kesalahannya itu melibatkan pengambilan harta orang lain maka ia perlu dipulangkan.
Selain itu, hadith Nabi S.A.W. pernah menceritakan perihal taubat :
Dari Abu Musa Al-Asy’ari -radhiallahu anhu- dari Nabi -alaihishshalatu wassalam- beliau bersabda :
إِنَّ اللَّهَ عَزَّ وَجَلَّ يَبْسُطُ يَدَهُ بِاللَّيْلِ لِيَتُوبَ مُسِيءُ النَّهَارِ وَيَبْسُطُ يَدَهُ بِالنَّهَارِ لِيَتُوبَ مُسِيءُ اللَّيْلِ حَتَّى تَطْلُعَ الشَّمْسُ مِنْ مَغْرِبِهَا
Maksudnya : “Allah -Azza wa Jalla- akan senantiasa membuka lebar-lebar tangan-Nya pada malam hari untuk menerima taubat orang yang berbuat dosa pada siang hari dan Allah senantiasa akan membuka tangan-Nya pada siang hari untuk menerima taubat orang yang berbuat dosa pada malam hari, dan yang demikian terus berlaku hingga matahari terbit dari barat.” (Hadith riwayat Imam Muslim no. 2760)
Seorang manusia perlulah senitiasa optimis kepada Allah S.W.T. dalam semua perkara kebaikan yang dilakukan. Begitu juga dengan taubat, walau sebesar mana dosa yang dilakukan ingatlah bahawa Allah S.W.T. maha pengampun lagi penerima taubat. Firman Allah S.W.T. dalam Surah At-Tahriim ayat ke-8 :
8. Wahai orang-orang Yang beriman! bertaubatlah kamu kepada Allah Dengan " taubat Nasuha", Mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu dan memasukkan kamu ke Dalam syurga Yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, pada hari Allah tidak akan menghinakan Nabi dan orang-orang Yang beriman bersama-sama dengannya; cahaya (iman dan amal soleh) mereka, bergerak cepat di hadapan mereka dan di sebelah kanan mereka (semasa mereka berjalan); mereka berkata (ketika orang-orang munafik meraba-raba Dalam gelap-gelita): "Wahai Tuhan kami! sempurnakanlah bagi Kami cahaya kami, dan Limpahkanlah keampunan kepada kami; Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu".
Walaupun hukuman di dunia tidak dijalankan, si pembuat dosa perlulah bertaubat dengan penuh kesungguhan kepada Allah S.W.T. agar diampunkan kesalahan yang telah dilakukan. Insha Allah, Dia sangat pengasih dan menerima taubat hambanya.
2. Mengikut jalan penyelesaian yang tidak bertentangan dengan syara’
Dalam pecahan ini, setiap manusia diajar supaya tidak mengikut suruhan manusia lain yang mengajak ke arah maksiat. Hal ini pernah disebutkan dalam hadith Nabi S.A.W. :
حَدَّثَنَا مُسَدَّدٌ حَدَّثَنَا يَحْيَى عَنْ عُبَيْدِ اللَّهِ قَالَ حَدَّثَنِي نَافِعٌ عَنْ ابْنِ عُمَرَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ح و حَدَّثَنِي مُحَمَّدُ بْنُ صَبَّاحٍ حَدَّثَنَا إِسْمَاعِيلُ بْنُ زَكَرِيَّاءَ عَنْ عُبَيْدِ اللَّهِ عَنْ نَافِعٍ عَنْ ابْنِ عُمَرَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ السَّمْعُ وَالطَّاعَةُ حَقٌّ مَا لَمْ يُؤْمَرْ بِالْمَعْصِيَةِ فَإِذَا أُمِرَ بِمَعْصِيَةٍ فَلَا سَمْعَ وَلَا طَاعَةَ
Maksudnya : Telah bercerita kepada kami Musaddad telah bercerita kepada kami Yahya dari 'Ubaidullah berkata telah bercerita kepadaku Nafi' dari Ibnu 'Umar radliallahu 'anhuma dari Nabi shallallahu 'alaihi wasallam. Dan diriwayatkan pula, telah bercerita kepadaku Muhammad bin Shobbah telah bercerita kepada kami Isma'il bin Zakariya' dari 'Ubaidullah dari Nafi' dari Ibnu 'Umar radliallahu 'anhuma dari Nabi shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Mendengar dan taat adalah haq (kewajiban) selama tidak diperintah berbuat maksiat. Apabila diperintah berbuat maksiat maka tidak boleh untuk mendengar dan taat". (Hadith ke-2735 riwayat Imam Bukhari)
Allah S.W.T. sangat luas rahmatNya, iaitu dengan membenarkan perkara haram itu diambil sebagai ganti kepada dharurat yang berlaku. Jika tidak, kebinasaan akan menimpa diri dan anggota individu ini. Namun, satu perkara yang perlu diambil perhatian ialah konsep memahami pengertian dharurat dan syarat-syaratnya (seperti yang telah dijelaskan sebelum ini), apabila meletakkan bahawa ia tidak mempunyai ikatan dengan maksiat dan tidak ada alternatif lain dalam menyelesaikannya.
Maka jika ia merupakan saranan daripada seseorang dengan di sana masih terdapat jalan lain untuk digunakan (rujuk kepada perbahasan dharurat pada perbincangan sebelumnya), arahan tersebut tidak boleh dipatuhi. Inilah kaedah yang digunakan oleh para ulama’ pada zaman dahulu dan sekarang.
• Persoalan : Kalaulah maksiat tidak dibenarkan untuk diikuti dalam keadaan dharurat, bagaimana pula dengan memakan khinzir dalam keadaan dharurat?Adakah dengan memakannya itu tidak dikira sebagai maksiat?
Jawapan : Perkara tersebut hendaklah dilihat kepada syarat dan ketetapan dharurat pada perbahasan lalu, iaitu jika ia tidak melakukannya maka perkara ini boleh membawa kepada kebinasaan pada diri dan anggota. Dalam masa yang sama, tidak ada cara penyelesaian lain dalam mengatasi masalah ini. Selain itu, keburukan yang diterima setelah melakukan perkara itu (memakan daging khinzir seperti contoh) lebih kecil jika dibandingkan dengan kebinasaan nyawa atau anggota jika dia tidak mengambilnya, maka perkara tersebut dimaafkan.
Berbeza dengan kes ini, kebinasaan yang bakal diterima lebih besar jika ia dilakukan iaitu mendapat balasan di dunia dan akhirat seperti yang telah disebutkan dalam ayat Al-Quran dan hadith Nabi S.A.W. Tambahan pula, pada zaman sekarang masih terdapat banyak lapangan yang boleh diisi sebagai ganti kepada mata pencarian hidup, maka keadaan dharurat dalam situasi ini tertolak.
3. Memohon bantuan daripada kenalan atau pihak berwajib
Islam mengajarkan umatnya supaya saling bantu-membantu antara satu sama lain dalam perkara kebaikan. Firman Allah S.W.T. dalam Surah Al-Maidah ayat ke-2 :
Maksudnya : …dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan. dan bertaqwalah kepada Allah, kerana Sesungguhnya Allah Maha berat azab seksaNya (bagi sesiapa Yang melanggar perintahNya).
Dalam kes ini, individu berkenaan boleh memohon bantuan kepada kenalan atau pihak berwajib dalam meringankan bebannya. Contohnya, setelah melahirkan anak, dia boleh meminta bantuan kepada mereka yang amanah dan bertanggungjawab untuk menjaga anak tadi apabila berpergian mencari rezeki yang halal bagi menampung kos sara hidup keduanya.
Tetapi, yang paling penting si ibu tetap bertanggungjawab kepada anaknya (maksudnya tidak boleh meninggalkan anaknya bersama dengan penjaga tadi lalu menghilangkan diri). Setelah dirasakan dirinya telah stabil untuk meneruskan kehidupan, anak yang dijaga tadi bolehlah terus diseerahkan ke pangkuannya dan dibesarkan menurut panduan agama Islam.
4. Mencari sumber pencarian yang halal, dalam hadith Nabi S.A.W. ada menceritakan :
عن أبي عبدالله النعمان بن بشير رضي الله عنهما قال : سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول : إن الحلال بيّن والحرام بيّن ، وبينهما أمور مشتبهات لا يعلمهن كثير من الناس ، فمن اتقى الشبهات فقد استبرأ لدينه وعرضه ، ومن وقع في الشبهات فقد وقع في الحرام ، كالراعي يرعى حول الحمى يوشك أن يرتع فيه ، ألا وأن لكل ملك حمى ، ألا وإن حمى الله محارمه ، إلا وإن في الجسد مضغة إذا صلحت صلح الجسد كله ، وإذا فسدت فسد الجسد كله ، ألا وهي القلب - رواه البخاري و مسلم
Daripada Abu Abdullah an-Nu’man bin Basyir r.a katanya:”Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda :”Sesungguhnya yang halal itu jelas dan yang haram(itupun) jelas dan di antara kedua-duanya (terdapat)perkara-perkara yang syubhat, ramai di kalangan manusia tidak mengetahuinya .Sesiapa yang menjaga dirinya daripada perkara syubhat ,(maka) dia telah membersihkan agama dan kehormatannya .Dan sesiapa yang terjatuh ke dalam perkara-perkara yang syubhat , dia akan jatuh kepada perkara yang haram.Seperti pengembala yang mengembala di sekitar kawasan larangan ,dibimbangi gembalaannya akan meragut makanan di dalam nya .Ketahuilah sesungguhnya bagi setiap raja itu ada kawasan larangan dan kawasan larangan Allah ialah perkara-perkara yang diharamkannya .Ketahuilah bahawa di dalam jasad manusia ada seketul daging , apabila ia baik , maka baiklah seluruh jasadnya .Apabila ia rosak , rosaklah seluruh jasadnya , ketahuilah bahawa seketul daging itu adalah hati. (Diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim)
Dewasa ini, kita melihat pelbagai kemahiran dan bidang telah diterajui manusia dalam banyak aspek. Tambahan pula, kebanyakan daripadanya telah dikomersialkan menjadi suatu bentuk perniagaan yang boleh mendatangkan keuntungan. Namun Islam mengajar kepada umatnya supaya bijak memilih bidang dalam mendapatkan sumber pencarian hidup yang diredhai Allah S.W.T.
Berbalik kepada keadaan yang berlaku, pekerjaan GRO bukanlah suatu jalan terbaik dalam mendapatkan sumber rezeki. Sedangkan masih banyak lagi pekerjaan lain yang boleh dilakukan bagi menampung perbelanjaan hariannya. Bahkan jika jalan ini dipilih maka ia telah mengundang kemurkaan dan azab Allah S.W.T. Disebutkan dalam hadith Nabi S.A.W. :
حَدَّثَنَا حَجَّاجٌ أَنْبَأَنَا شَرِيكٌ عَنْ سِمَاكٍ عَنْ عَبْدِ الرَّحْمَنِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ مَسْعُودٍ عَنْ أَبِيهِ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لَعَنَ اللَّهُ آكِلَ الرِّبَا وَمُوكِلَهُ وَشَاهِدَيْهِ وَكَاتِبَهُ قَالَ وَقَالَ مَا ظَهَرَ فِي قَوْمٍ الرِّبَا وَالزِّنَا إِلَّا أَحَلُّوا بِأَنْفُسِهِمْ عِقَابَ اللَّهِ عَزَّ وَجَلَّ
Maksudnya : Telah meneritakan kepada kami Hajjaj telah memberitakan kepada kami Syarik dari Simak dari Abdurrahman bin Abdullah bin Mas'ud dari ayahnya dari Nabi shallallahu 'alaihi wasallam, beliau bersabda: "Allah melaknat pemakan riba, yang memberi makan, para saksi dan penulisnya." Ia berkata; Beliau juga bersabda: "Tidaklah nampak pada suatu kaum riba dan perzinaan melainkan mereka telah menghalalkan bagi mereka mendapatkan siksa Allah Azza wa Jalla." (Hadith ke-3618 riwayat Imam Ahmad)
Kesimpulan : Tidak dinafikan bahawa nasihat dan bimbingan itu perlu bagi merubah diri seseorang namun biarlah ia diberikan mengikut landasan syara’. Jika perkara ini masih mendatangkan kekaburan dan kesamaran, ia boleh dirujuk kepada mereka yang lebih mengeahui tanpa memberikan penyelesaian mengikut hawa nafsu. Kepada mereka yang pernah mengalami situasi ini bolehlah menyampaikannya kepada pihak berkenaan dalam usaha menegakkan yang maaruf dan mencegah yang munkar.
Akhir kata, pihak MANHAL PMRAM berharap agar permohonan maaf secara terbuka dan penjelasan semula dapat dibuat oleh pihak Dr. Fadzilah Kamsah berhubung pernyataan yang telah dikeluarkan. Semoga kita mendapat rahmat dan perlindungan daripada Allah S.W.T.
Rujukan :
1. Al-Quraan Al-Karim.
2. Sahih Al-Bukhari, karangan Muhammad Ibn Ismail Ibn Ibrahim Ibn al-Mughirah Ibn Bardizbah al-Bukhari.
3. Shahih Muslim karangan Abul Husayn Muslim ibn al-Hajjaj Qushayri al-Nisaburi.
4. Musnad Imam Ahmad karangan Imam Ahmad ibn Hanbal
5. Wala Taqrabu Az-Zina, karangan Muhammad Abdul Aziz Al-Hallawi.
6. Asbab Halak Al-Umam Wa Sunnatullah fil Qaum Al-Mujrimin Wal Munaharifin, karangan Syeikh Abdullah At-Talidi.
7. Qadhaya Fiqhiah Mu’asirah (Universiti Al-Azhar), karangan pensyarah-pensyarah Bahagian Fiqh Al-Muqaran, Universiti Al-Azhar.
8. Baina As-Sa'il Wal Faqih, karangan Dr. Muhammad Bakr Ismail.
Disediakan oleh,
Muhammad Hanif Jamaluddin,
Pemangku Pengerusi Felo MANHAL PMRAM.
Bismillahirrahmanirrahim...
Alhamdulillah bersyukur kepada Allah Taala kerana senantiasa mengurniakan kepada kita peluang dan ruang untuk terus mengecapi nimat dunia yang fana ini.Peluang untuk bermuhasabah. Peluang untuk bertaubat. Peluang untuk melaksanakan amar makruf dan nahi mungkar. Ruang untuk menimba ilmu. Ruang untuk beramal. Ruang untuk berdakwah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah...walau berjuta kali kita mengucapkan lafaz hamdalah hakikatnya kita pasti tidak mampu menandingi nikmat kurniaan Ilahi..bersyukurlah...
Bulan 12 biasanya adalah bulan yang cukup getir kepada para mahasiswa khususnya mahasiswa yang berada di bumi Al Azhar..sekejap je terasa..Rasanya baru saja selesai imtihan sesi lalu..percaya atau tidak, imtihan sebenarnya semakin hampir..semua Azhari pasti akan tetap melaluinya tidak lama lagi..kalau dipanjangkan usia la..ibarat menunggu imtihan hakiki iaitu di Padang Mahsyar kelak..semuanya pasti keluh kesah, bimbang, takut, gemuruh dan sebagainya..semuanya menjadi satu..memikirkan imtihan yang akan tiba..disusuli natijah yang akan diumumkan..pasti mengerunkan..ini semua angkara malasnya membuat amal, banyaknya mengikut arus dunia sehingga menyebabkannya terus terleka..bila tiba masanya barulah terjaga dari kelalaian masing-masing. Namun semuanya sudah terlambat..untuk kembali membuat amal suatu perkara yang amat mustahil..harapan untuk kembali ke masa lalu hanya tinggal harapan..semuanya merayu-rayu kepada Yang Maha Esa..
"Ya Tuhanku kami, kami telah melihat dan mendengar, maka kembalikanlah kami (ke dunia), nescaya kami akan mengerjakan kebajikan. Sungguh kami adalah orang-orang yang yakin." Surah As Sajdah-Ayat 12.
Kecuali, mereka yang sudah betul-betul bersedia untuk menghadapi segala kemungkinan, mehnah dan tribulasi dalam imtihan kerana itulah masanya yang ditunggu-tunggu selepas berpenat lelah, bersusah payah, berhempas pulas mempersiapkan segala kelengkapan.Sentiasa beriltizam dan beristiqamah dengan amal. Mereka ini dengan penuh keyakinan melangkah ke arah medan imtihan sebagai seorang pejuang laksana panglima di medan perang..kerana mereka yakin dengan janji Allah yang disampaikan oleh pesuruhNya..itulah impiannya selama ini..kesudahan yang akan menghasilkan natijah yang membanggakan..Inilah masanya untuk mereka menilai setinggi mana pengabdian dirinya kepada Si Pencipta..begitulah adatnya..sunnatullah juga. Baik amalannya, baik jugalah natijahnya kelak. Buruk amalannya, buruk jugalah natijahnya kelak...
Sahabat dan sahabiah yang dirahmati Allah sekalian..
Tidak lebih dari sebulan lagi para Azhari akan menghadapi imtihan dunia sementara ini. Cukuplah terleka..hadirlah ke kuliah dengan penuh semangat. Wajibkan diri untuk bersama para Masyayikh dan Doktor di kuliah. Sebelum semuanya terlambat dan akhirnya menatijahkan sesuatu yang mendukacitakan. Nauzubillahi min zalik..jadikan imtihan ini sebagai satu wasilah untuk ke akhirat....untuk menghadapi imtihan hakiki jua kelak. Imtihan dunia untuk menguji setakat mana tahap penguasaan ilmu di dada para pejuang agama Allah..kalau betullah ilmu yang dipelajari hanya kerana Allah, apakah mustahil untuk kita mencapai Imtiyaz dalam imtihan di kuliah??! Jujurlah kita dengan ilmu Allah Subhanahu Wa Taala..ambillah peluang dan ruang yang ada ini....
Sabda Nabi "من يرد الله به خير يفقهه في الدين" maksudnya : Barangsiapa yang dikehendaki oleh Allah kebaikan, dia akan memberikannya kefahaman dalam agama. Faham atau tidak kita dengan ilmu agama yang kita pelajari, inilah masanya untuk menguji diri dan menilai kembali ilmu yang ada. Maka, jika dikatakan sudah berada di tempat yang penuh dengan ilmu dan ulamak ini, namun tidak bertambah ilmu di dada , takutlah kalau-kalau Allah tidak mengkehendaki kebaikan ke atas kita..nauzubillahi min zalik..Ya Allah Ya Tuhan kami jadikanlah kami dari kalangan orang- orang yang berjaya dan cemerlang dalam imtihan di dunia dan akhirat..amin ya rabbal 'alamin..
Sebuah kisah untuk renungan kita bersama yang bernama Muslim...
Aku punya seorang rakan baik dari zaman kanak-kanak. Lim Wei Choon. Sama-sama bersekolah rendah hingga ke peringkat menengah.
Selepas SPM. Aku masuk ke Tingkatan 6, manakala Lim dihantar keluarganya melanjutkan pelajaran... ke Amerika Syarikat. Kenangan sewaktu kanak-kanak hingga ke zaman remaja terlalu banyak yang dikongsi bersama.
Setiap kali hariraya menjelang, Lim pasti berkunjung ke rumah ku untuk menikmati dodol arwah ayahku yang amat digemarinya. kadangkala, jika ada kenduri kendara dirumahku, pasti Lim akan turut serta. Aku jarang ke rumahnya kecuali umtuk beberapa sambutan seperti harijadi dan juga Tahun Baru Cina. Aku takut dengan anjing peliharaan keluarga Lim.
Dengan Lim juga aku belajar matematik manakala subjek Bahasa Malaysia sering menjadi rujukannya padaku. Kenangan-kenangan seperti memancing, mandi jeram, ponteng sekolah untuk melihat pertandingan 'breakdance', semuanya kami kongsi bersama-sama.
Apa yang ingin kunyatakan ialah, warna kulit dan perbezaan ugama tidak pernah menjadi penghalang persahabatan kami. 20
tahun telah berlalu, Lim telah menetap di Amerika setelah berjaya mendapat Green Card, beliau bekerja disana. Itu yang kuketahui dari kakaknya.
Hubungan ku dengan Lim terputus setelah dia melanjutkan pelajaran. maklumlah, dizaman kami dulu tiada internet, email atau telefon bimbit, yang ada cuma sesekali menghantar poskad bertanya khabar. Untuk menulis surat kepada lelaki amat malas kami rasakan.
Suatu pagi. Aku bertembung dengan kakak Lim di pasar , kakaknya memberitahu Lim akan pulang ke tanahair. Dan aku amat terkejut dengan berita yang kudengar dari kakaknya.
" He's name is no more Lim Wei Choon. He's now Ahmad Zulfakar Lim since 5 years ago. ..Subhanallah!
Syukur Alhamdulillah, rakan baikku telah menemui hidayah dari Allah S.W.T. Memang aku tak sabar untuk berjumpa dengannya lebih-lebih lagi setelah menjadi saudara seagama denganku.
Hari yang kutunggu-tunggu telah tiba, dan petang itu aku berkesempatan bertemu dengan Lim dirumahnya. Ada satu keraian istimewa sempena menyambut kepulangannya. Ketika aku tiba, tetamu sudah semakin berkurangan. ..
Assalamualaikum..Itulah kalimat pertama dari mulutnya, wajahnya sudah jauh berubah, air mukanya amat redup dan tenang.
Aku menjawab salam dan berpelukan dengannya dan kami menangis umpama kekasih yang sudah terlalu lama terpisah.
'Ini dia olang memang sudah manyak lama kawan, dari kecik ini dua olang"
Ibu Lim menjelaskan pada beberapa orang tetamu yang melihat peristiwa kami berpelukan dan menangis itu. Tetapi aku bukan menangis kerana apa, tetapi kerana amat sebak dan terharu dan sangat bersyukur melihat keislaman rakanku. Lim mengajak aku duduk dibuaian dihalaman rumahnya untuk berbual-bual. beliau masih fasih berbahasa melayu walau sudah lama berada diperantauan.
Talha, kau kawan baik aku kan ? betul tak?.
Memanglah..Kenapa kau tanya macam tu?
kalau kau kawan baik aku, Kenapa kau biarkan aku diseksa?
Sorry Lim. Aku tak faham..diseksa? What do you mean?
Cuba kau fikir, kita ni kawan dari kecil. Aku ingat lagi, rumah kau tu, is my second house.
Tapi, mengapalah kau tak pernah ceritakan pada aku tentang Islam? Mengapa aku kena pergi ke US baru aku dapat belajar tentang Islam? Mengapa bukan di Malaysia , negara Islam ni?
Dan mengapa aku di Islam kan oleh seorang bekas paderi kristian?
Aku terdiam, kelu tak mampu menjawab. Dan Lim terus berkata-kata.Kalau betullah kau kawan baik aku, Kenapa kau cuma nak baik dengan aku di dunia saja? kau suka tengok kawan baik kau ni diseksa didalam api neraka?
Kau tahu, kalaulah aku ni tak sempat masuk islam hingga aku mati. Aku akan dakwa semua orang melayu Islam dalam kampung kita ni sebab tak sampaikan dakwah dan risalah Islam pada aku, keluarga aku dan non muslim yang lain.Kau sedar tak, kau dah diberikan nikmat besar oleh Allah denagn melahirkan kau didalam keluarga Islam. tapi, nikmat itu bukan untuk kau nikmati
seorang diri, atau untuk keluarga kau sendiri, kau dilahirkan dalam Islam adalah kerana ditugaskan untuk sampaikan Islam pada orang-orang yang dilahirkan dalam keluarga bukan Islam macam aku.
Aku masih tunduk dan terkata apa-apa kerana sangat malu.Berdakwah adalah tugas muslim yang paling utama, sebagai pewaris Nabi, penyambung Risalah.
Tetapi apa yang aku lihat, orang melayu ni tiadak ada roh jihad, tak ada keinginan untuk berdakwah, macamana Allah nak tolong bangsa melayu kalau bangsa tu sendiri tak tolong ugama Allah?Aku bukan nak banggakan diri aku,cuma aku kesal..sepatutnya nikmat ini kau kena gunakan dengan betul dan tepat, kerana selagi kau belum pernah berdakwah, jangan kau fikir kau
sudah bersyukur pada Allah.
Dan satu lagi, jangan dengan mudah kau cop orang-orang bukan Islam itu sebagai kafir kerana kafir itu bererti ingkar. Kalau kau dah sampaikan seruan dengan betul, kemudian mereka ingkar dan berpaling, barulah kau boleh panggil kafir.
Aku menjadi amat malu, kerana segala apa yang dikatakan oleh Lim adalah benar! dan aku tak pernah pun terfikir selama ini. Aku hanya sibuk untuk memperbaiki amalan diri sehingga lupa pada tugasku yang sebenar.
Baru aku faham, andainya tugas berdakwah ini telak dilaksanakan, Allah akan memberikan lagi pertolongan, bantuan dan kekuatan serta mempermudahkan segala urusan dunia dan akhirat sesorang itu.Petang itu aku pulang dengan satu semangat baru. Aku ingin berdakwah!
Lim yang baru memeluk Islam selama 5 tahun itu pun telah mengislamkan lebih 20 orang termasuk adiknya. Mengapa aku yang hampir 40 tahun Islam ini (benarkah aku islam tulen) tidak pernah hatta walau seorang pun orang
bukan Islam yang pernah kusampaikan dengan serious tentang kebenaran Islam?
Semoga Allah mengampuni diriku yang tidak faham apa itu erti nikmat. nikmat dilahirkan sebagai Islam.dilahirkan sebagai Islam!
Pelaksanaan Hisbah di dalam tradisi Islam bermula sejak dari zaman Rasulullah lagi. Baginda telah melantik pegawai-pegawai untuk mengawasi perjalanan pasar dan urusan perdagangan. Mereka ini digelar ‘Penyelia Pasar’ (Sahib as-Suq) atau ‘Petugas di Pasar’ (al-Amil fil-Suq)[1]. Bidang tugas mereka pada masa itu bertumpu kepada memastikan tidak berlaku penindasan atau penipuan dan semua pihak patuh kepada sistem timbangan dan sukatan atau dengan erti kata lain menjamin berlaku keadilan di dalam urusniaga. Amalan ini diambil serius oleh para Khalifah ar-Rasyidin seterusnya. Adalah diriwayatkan bahawa Umar ibn al-Khattab dan Ali ibn Abi Talib sendiri pernah menjalankan tugas mengawasi perjalanan pasar ini. Menjelang akhir pemerintahan Umayyah, gelaran petugas ini bertukar kepada Muhtasib.
Pelaksanaan sistem ini berterusan sepanjang pemerintahan Islam. Terdapat pelbagai penulisan yang membicarakan prinsip dan pelaksanaan sistem Hisbah samada yang membicarakan Hisbah secara khusus seperti Al-Hisbah fil-Islam oleh Ibn Taimiyah atau karya-karya mengenai fiqh dan pemikiran politik Islam yang membicarakan soal Hisbah di dalamnya seperti Ahkam al-Sultaniyah oleh al-Mawardi dan Ihya Ulum ad-Din oleh Imam al-Ghazali. Malah karya-karya umum yang membicarakan Islam secara menyeluruh juga seringkali memuatkan topik Hisbah di dalamnya. Terdapat juga karya yang merupakan manual atau panduan secara praktis di dalam melaksanakan Hisbah. Salah satu karya berbentuk manual kerja sebegini yang dianggap terhebat ialah Nihayat at-Rutbah fi Talab al-Hisbah oleh as-Syaizari yang ditulis sebagai panduan untuk Sultan Salahuddin al-Ayubi.
Kewujudan berpuluh-puluh atau mungkin ratusan karya ini adalah cerminan betapa topik Hisbah diberikan perhatian khusus dan penting. Malah pengamatan terhadap karya-karya ini memberikan gambaran jelas bagaimana pemerintah-pemerintah Islam melaksanakan Hisbah dengan serius.
Oleh : Ibnu Nur
Dipetik dari : http://hisbahpmram.blogspot.com/2010/11/amalan-hisbah-di-zaman-awal-islam.html
1. Mewiridkan (membaca) al-Quran setiap hari dan bersungguh-sungguh melakukannya.
2. Membaca al-Quran dengan baik (sebutan dan tajwid), sanggup pula mendengar dan merenungi maksud pengertiannya.
Sentiasa menjaga kesihatan dengan membuat pemeriksaan dari semasa ke semasa.
3. Mengambil berat tentang kebersihan dalam semua perkara.
4. Bercakap benar dan jangan sekali-kali berdusta.
5. Menunaikan dengan tepat segala kata-kata dan janji dan jangan sekali-kali anda memungkirinya walaupun dalam keadaan paling sulit sekalipun.
6. Bersifat berani dan tahan memikul bebanan (tanggungjawab).
7. Bersikap serius dengan cara bersungguh-sungguh dalam sesuatu perkara.
8. Bersifat pemalu, halus perasaan dan mudah terasa (peka) kepada sesuatu yang baik ataupun yang buruk.
9. Berlaku adil dan benar dalam menjalankan sesuatu hukum dalam segala perkara dan jangan anda melupakan kebaikan orang lain kerana marah dan janganlah kerana sayang.
10. Bersifat belas-kasihan, pemurah dan bertolak-ansur.
11. Boleh membaca dan menulis dengan baik dan sentiasa banyak mengulang-kaji subjek-subjek yang berkaitan. Seboleh-bolehnya hendaklah memiliki (perpustakaan) sendiri walaupun kecil.
12. Berhati-hati supaya dapat menunaikan tugas dan tanggungjawab anda dengan penuh amanah tentang kelicinan dan kehalusan pekerjaannya.
13. Menuntut hak-hak anda dengan cara yang baik dan menunaikan hak-hak orang lain dengan sempurna.
14. Menyumbangkan harta anda untuk dakwah kita.
15. Berusaha sedaya upaya menghidupkan adat-adat yang bercorak Islam sebaliknya mematikan adat-adat asing dalam semua lapangan hidup.
16. Sentiasa merasai diri berada di bawah pengawasan Allah SWT, mengingati hari akhirat dan bersedia untuknya, dan hendaklah mempertingkatkan perjalanan hidup ke peringkat yang lebih tinggi dalam mendapatkan keredaan Allah dengan keazaman yang kuat.
17. Melakukan dengan baik apabila bersuci (iaitu berwuduk dengan cara menyempurnakan segala syarat dan rukunnya) dan hendaklah anda sentiasa berada di dalam keadaan berwuduk.
18. Mengerjakan sembahyang dengan cara yang betul (iaitu menyempurnakan syarat dan rukun-rukunnya) dan menunaikannya pada waktu-waktunya dengan mengutamakan sembahyang berjemaah dan sembahyang di masjid seboleh yang mungkin.
19. Sentiasa berada di dalam keadaan niat berjuang kerana Allah
20. Sentiasa memperbaharui taubat dan memohon keampunan, menjauhkan diri dari dosa-dosa besar.
21. Janganlah membazirkan masa walaupun sedikit kepada perkara-perkara yang tidak memberi faedah dan hendaklah menjauhkan diri dari perkara-perkara yang syubhah dan samar-samar hukumnya.
22. Bersungguh-sungguh melawan hawa nafsu anda sehingga mampu mengendalikannya. Anda mestilah menjaga penglihatan dan kuasailah keinginan naluri dengan cara mengarahkannya kepada perkara-perkara yang halal
23. Melepaskan diri daripada berhubung dengan sebarang badan atau kumpulan yang tidak memberi faedah kepada fikrah perjuangan saudara terutama jika saudara disuruh berbuat demikian dengan kumpulan seperti itu.
Muhammad Mujahid bin Ir Haji Mohammad Fadzil
Felo MANHAL PMRAM
Fakulti Usuluddin, Jabatan Akidah dan Falsafah
Universiti al Azhar
Rujukan : Kitab Apa Ertinya Saya Memeluk Islam (Bahagian Kedua)
Para ulamak telah bersepakat bahawa seorang perempuan yang sudah baligh, berakal, cerdik dan pandai menguruskan harta dibolehkan mendermakan hartanya seperti kaum lelaki kerana mereka termasuk di dalam ahliyyah mubasyarah al ‘ukud wat tasorrofat (orang-orang yang dibolehkan bebas bertindak dalam urusan akad dan urusan-urusan lain) . Namun, berlaku perselisihan pendapat antara fuqahak dalam masalah kebolehan seorang perempuan yang sudah berkahwin mendermakan hartanya sendiri dengan cara memberi hadiah (hibbah) atau sedekah atau sebagainya. Mereka berselisih kepada dua mazhab:
Mazhab yang pertama :
Golongan mazhab yang pertama berpendapat bahawa seorang perempuan yang telah berkahwin sekiranya sudah baligh, berakal dan pandai menguruskan harta (rasyidah), boleh mendermakan keseluruhan hartanya dengan pelbagai cara, tanpa perlu meminta keizinan suaminya, dan tidak dihadkan kadar barang yang akan didermakan dari hartanya, atau yang belum didermakan.
Ini adalah pendapat At thaur, Abi thaur, Ibn munzir dan Az zuhri, inilah juga pendapat dari kalangan mazhab Hanafi dan Syafie serta jumhur dari kalangan mazhab Hambali dan mazhab Zohiri.
Mazhab yang kedua :
Golongan mazhab yang kedua pula berpendapat tidak harus bagi perempuan yang telah berkahwin mendermakan hartanya melebihi dari satu pertiga (thulus), melainkan apabila diizinkan suaminya untuk mendermakan lebih dari itu.
Ini adalah pendapat dari Abi Hurairah dan Anas , dan ia juga pendapat Umar bin Abdul Aziz, Thowus,Husain, Ato’, Mujahid, Ibn Sirin dan Laith bin Saad, inilah juga pendapat dari kalangan mazhab Maliki dan satu riwayat dari Ahmad.
Dalil setiap mazhab :
Dalil mazhab yang pertama :
Mazhab yang pertama berdalilkan seperti berikut :
1. Dari Al Quran
(i) Firman Allah Taala :
Maksudnya : Kemudian jika kamu nampak dari keadaan mereka (tanda-tanda Yang menunjukkan bahawa mereka) telah cerdik dan berkebolehan menjaga hartanya, maka serahkanlah kepada mereka harta mereka.
Keterangan dalil : Ayat ini telah menyatakan bahawa syara’ telah menetapkan supaya menyerahkan harta anak-anak yatim kepada mereka sama ada mereka ini lelaki atau perempuan setelah dilihat mereka mampu untuk menjaga dan menguruskan harta. Ia juga menunjukkan bahawa barangsiapa yang sudah baligh, cerdik dan berkebolehan menguruskan harta telah terlepas dari tanggungan orang yang menjaganya, dan bebas untuk menguruskan hartanya tanpa perlu keizinan dari sesiapapun. Sesungguhnya seorang perempuan yang bersedekah dari hartanya sendiri sah dan terlaksana sekalipun tanpa keizinan suaminya, sama ada kurang dari satu pertiga atau lebih.
.
(ii) Firman Allah Taala :
• •
Maksudnya : Dan belanjakanlah (dermakanlah) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada kamu sebelum seseorang dari kamu sampai ajal maut kepadaNya, (kalau tidak) maka ia (pada saat itu) akan merayu dengan katanya: " Wahai Tuhanku! Alangkah baiknya kalau Engkau lambatkan kedatangan ajal matiku - ke suatu masa yang sedikit sahaja lagi, supaya aku dapat bersedekah dan dapat pula aku menjadi dari orang-orang yang soleh ".
Keterangan dalil : Syara’ Islam menggesa mereka yang sudah mukallaf supaya bersedekah dari harta-harta mereka, dan bersegera kea rah itu sebelum saat kematian. Ayat ini ditujukan kepada kedua-dua lelaki dan perempuan kerana ia mengambil dari umumnya ayat tersebut. Maka ayat tersebut tidak dipisahkan sama ada ditujukan untuk lelaki atau perempuan oleh mana-mana dalil yang lain. Ini menunjukkan bahawa sesungguhnya perempuan juga diperintahkan untuk bersedekah seperti kaum lelaki tanpa memerlukan keizinan dari sesiapapun.
2. Dari Sunnah Annabawiyyah :
عن جابر رضي الله عنه قال : "شهدت مع رسول الله صلى الله عليه وسلم الصلاة يوم العيد، فبدأ بالصلاة قبل الخطبة..ثم مضي حتى أتى النساء فوعظهن وذكرهن، ثم قال : تصدقن فإن أكثركن حطب جهنم"
Maksudnya : Diriwayatkan dari Jabir radiallahu anhu telah berkata : “Aku telah hadir bersama Rasulullah sallalahu alaihi wasaalam pada solat hari raya, maka dimulakan dengan solat sebelum khutbah..kemudian berterusan sehingga datang kaum perempuan maka baginda member teguran dan peringatan kepada mereka, kemudian baginda berkata : bersedekahlah kamu sesungguhnya kebanyakan dari kamu (kaum perempuan) menjadi kayu api neraka Jahannam”
Keterangan dalil : Hadis ini menunjukkan perintah Rasulullah sallalahu alaihi wasallam kepada kaum perempuan supaya bersedekah walaupun dari perhiasan mereka dan tidak dituntut supaya meminta keizinan suami mereka atau selain dari itu. Dalil ini menunjukkan bahawa seorang perempuan tidak dilarang dari bersedekah sekiranya tidak diizinkan oleh suaminya, dan sedekah diterima tanpa keizinan suaminya.
3. Dari qias :
Sesungguhnya barangsiapa yang menjaga harta seorang perempuan wajib menyerahkannya semula setelah didapati perempuan tersebut telah cerdik dan pandai menguruskan harta, harus bagi perempuan itu menguruskan hartanya sendiri tanpa berhajat kepada izin sesiapapun, diqiaskan kepada harusnya perkara tersebut ke atas para lelaki.
Dalil mazhab yang kedua :
Mazhab yang kedua berdalilkan seperti berikut :
1. Dari Al Quran :
Firman Allah Taala :
Maksudnya : Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan, oleh kerana Allah telah melebihkan orang-orang lelaki (dengan beberapa keistimewaan) atas orang-orang perempuan, dan juga kerana orang-orang lelaki telah membelanjakan (memberi nafkah) sebahagian dari harta mereka.
Keterangan dalil : Ayat Al Quran tersebut menyatakan sesungguhnya Allah Taala menjadikan orang lelaki penjaga bagi orang perempuan, dan penjagaan atau penyeliaan ini terlaksana apabila tidak diberi kebebasan dalam menguruskan hartanya sendiri melainkan dengan keizinan suaminya sendiri.
2. Dari sunnah an nabawiyyah :
(i) روي أبو هريرة رضي الله عنه "أنه قيل لرسول الله صلى الله عليه وسلم : أي النساء خير ؟ قال : الذي تسره إذا نظر، وتطيعه إذا أمر، ولا تخالفه في نفسها ومالها بما يكره"
Maksudnya : Abu Hurairah radiallahu anhu telah meriwayatkan “Sesungguhnya telah ditanyakan kepada Rasulullah : Yang manakah wanita yang baik (ciri-ciri wanita yang baik)? Baginda berkata : Yang mengembirakan suaminya apabila melihat, dan mentaatinya apabila diperintahkan, dan tidak mengingkari suaminya pada diri dan harta dengan apa yang dibenci oleh suaminya.
Keterangan dalil : Rasulullah telah memuji wanita yang tidak mengingkari suaminya dalam perkara yang berkaitan dengan harta, dan Rasulullah menjadikan wanita itu sebaik-baik perempuan. Ini bermaksud bahawa seorang perempuan sepatutnya menurut suruhan suaminya pada perkara yang berkaitan dengan harta, dan tidak melanggari perintah tersebut. Ini adalah dalil bahawa dia dilarang daripada menguruskan hartanya kecuali jika diizinkan suaminya
(ii) روي عن أبي هريرة رضي الله عنه أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال : "تنكح المرأة لأربع : لمالها، ولحسبها، ولجمالها، ولدينها، فاظفر بذات الدين تربت يداك”
Maksudnya : Diriwayatkan dari Abi Hurairah radiallahu anhu bahawa sesungguhnya Rasulullah telah berkata : Dinikahi seorang wanita itu kerana empat perkara : kerana hartanya, keturunannya , kecantikannya dan agamanya, maka pilihlah yang memiliki agama miskinlah tanganmu (rugilah kamu sekiranya tidak mendahulukan kerana agamanya)”
Keterangan dalil : Hadis ini menyatakan bahawa seorang lelaki itu kadang-kadang memilih untuk menikahi seorang perempuan itu kerana hartanya, apabila dia menikahi perempuan itu kerana hartanya maka lelaki tersebut berhak ke atas hartanya, oleh kerana itu perempuan tersebut dilarang menguruskan hartanya sesuka hati kecuali dengan izin suaminya walaupun dia merupakan seorang yang berakal, baligh dan rasyidah ( cerdik dan pandai menguruskan harta)
Pendapat yang rajih :
Pendapat yang rajih (yang lebih utama) ialah pendapat mazhab yang pertama yang membolehkan perempuan yang telah berkahwin sekiranya sudah baligh, berakal dan pandai menguruskan harta (rasyidah), boleh mendermakan keseluruhan hartanya dengan pelbagai cara, tanpa perlu meminta keizinan suaminya, dan tidak dihadkan kadar barang yang akan didermakan dari hartanya, atau yang belum didermakan berdasarkan dalil yang kuat dari Al Quran, hadis dan qias yang telah disebutkan di atas.
- Diterjemahkan dari kitab Nazoriah Al Akdi fi Fiqh Al Islami karangan Al Ustaz Ad Doktor Abdul Fattah Mahmud Idris pensyarah qisim Fiqh Muqoron di Kuliah Syariah dan Qanun Universiti Al Azhar Kaherah, Mesir.
Di sediakan oleh :
Abdul Halim B Ahmad
Felo Manhal PMRAM
Dipetik dari : http://pmram-manhal.blogspot.com/2010/11/kebolehan-perempuan-yang-sudah.html
Alhamdulillah segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam serta selawat dan salam kepada junjungan nabi Muhammad penghulu sekalian anbia'..rasa syukur yang tidak terhingga kerana akhirnya ana diberi sedikit kesempatan dan ruang olehNya untuk terus berblog ni.. Sekian lama menyepi bukan bermakna untuk selamanya..tapi hanya seketika dek kerana kesibukan dengan jadual imtihan yang padat dicampur pula dengan beberapa program persatuan yg tidak henti2 (kembali rancak selepas imtihan peringkat ijazah baru-baru ini) dan tidak dijangkakan..bayangkan jadual imtihan yang hanya selang sehari dengan muqorror yang banyak memang sesuatu yg cukup meletihkan dan menyeksakan..berbanding jadual imtihan peringkat ijazah hanya dua madah seminggu dan ada sesetengah kuliyah yang selangnya lebih dari seminggu..jeles betul ana tengok adik2 di peringkat ijazah..time imtihan pon masih boleh santai2 pergi jalan2, main game n lain2..bukan jeles sbb nak pegi jalan2, main game atau sebagainya tu, tapi sekurang2nya diberi masa yang secukupnya untuk menumpukan perhatian setiap madah dalam imtihan..ana rasa 3 madah seminggu mmg tak sempat untuk mengulang semuanya walaupun sudah ada yang hafal sebelumnya tapi masih memerlukan masa untuk mengulang hafalan..mungkin inilah cabaran yang perlu ana telan sepanjang pengajian ijazah lanjutan ni..kena banyak bersabar la ya Abdul Halim!
Berkongsi pengalaman menghadapi imtihan untuk pertama kalinya di peringkat dirasat ulya (ijazah lanjutan/master)Al Azhar cukup memberi kesan dalam diri terutamanya dalam menilai maksud 'cabaran' itu sendiri..satu demi satu ujian dan cabaran perlu ditempuhi walaupun titik pengakhirannya belum pasti di mana dan bila akan berakhir..dulu sebelum ana bertekad untuk menyambung MA di Al Azhar bermacam-macam statement yang ana dengar. Antaranya yang selalu terngiang-ngiang di telinga ana "Anta tahu tak MA Al Azhar paling susah di dunia, yang betul2 dapat habiskan pon boleh bilang dengan jari je!", ade yg kata "Anta hanya bazirkan umur anta je..paling kurang pon anta kena duduk sepuluh tahun lagi kat sana!", yg paling sinis dan sadis "Anta jgn harap la dapat habiskan MA di Al Azhar! bukan calang-calang orang dpt habiskan MA kat situ..yg hebat2 pon ramai yang kantoi!" dan bermacam-macam lagi kata-kata yg kadang2 walaupun rasa pahit untuk ditelan ana jadikan sebagai satu cabaran dan azam serta disemat 'kemas keming'(kata org Ganu) dalam hati.. ana rasa statement2 inilah antara penyebab utama rakan-rakan dari Malaysia sendiri tidak berani untuk meneruskan pengajian MA di Al Azhar ini..realitinya rata-rata setiap kuliah MA yang ada di Al Azhar hanya terdapat seorang atau dua orang sahaja mahasiswa dari Malaysia..berbanding dari negara2 lain terutamanya yang dari Indonesia cukup ramai sehingga ada di antaranya mencecah 20 orang lebih dalam satu kuliah..ana teringat kata-kata seorang sahabat dari negara jiran kita itu baru2 ni "Tahun depan anta ajak la teman2 dari Malaysia sambung belajar di sini! Kenapa tak ramai yang mahu sambung di sini?!". Apa tidaknya, dalam kuliyah syariah qisim fiqh muqoron sekarang ni pon hanya ana seorang dari Malaysia!Pernah satu ketika seorang sahabat kata dengan nada sinis "Anta ni harapan negara ni tau tak!" Whatever la ape yang orang cakap..yg penting ana anggap ini adalah 'fardhu kifayah' ke atas diri ana dan insyak Allah akan cuba sedaya upaya untuk menghadapinya dan moga2 diiringi doa sahabat2 sekalian!
Cabaran sebenar bermula ketika mula2 muqabalah (interview) lagi iaitu pada bulan 11 tahun lepas. Masa tu, seorang sahabat dari Dumyat sendiri tak berjaya dalam muqabalah tu walaupun ana tengok dialah antara yg paling bersemangat untuk menyambung MA di Al Azhar berbanding yang lain..Mungkin bukan rezekinya lagi..apapun ana sentiasa mendoakan dia agar dipermudahkan Allah untuk menyambung semula di sini nanti(sekarang die tengah sibuk berjuang dengan Parti Islam di pejabat agung PAS..alhamdulillah, mungkn ini antara hikmah anta tak berjaya muqabalah hari tu..teruskan berjuang sahabatku!)..Kuliah yang bermula sebaik sahaja selesai imtihan fasal pertama peringkat ijazah juga ada cabarannya..kuliah bermula betul2 ketika matahari tegak di atas kepala di samping madah2 yg disyarahkan oleh doktor cukup memeningkan untuk difahami serta memerlukan kesabaran yg tinggi..namun begitu cabaran ke kuliah tidak lama kerana kuliah hanya berjalan selama 2 bulan lebih sahaja..sepayah mana pun untuk difahami madah2 tersebut kuliah tetap 'wajib' dihadiri dan itulah yang ana pegang sejak di peringkat ijazah lagi dan itulah yang selalu ana tekankan pada adik2 yg lain. sebabnya? banyak sekali..ada masa lain kali insyak Allah ana akan postkan smula sebab2nya..alhamdulillah setiap muhadoroh walaupon memenatkan tapi cukup memberi memberi makna dan berbeza dari sebelum ini..lebih2 lagi doktor2 bukan hanya memberi tapi turut membuka ruang seluas2nya kepada pelajar untuk bertanya dan berbincang tentang apa yg dipelajari..
Kebanyakan doktor ckup bersemngat dan bersugguh2 memberi kefahaman kepada setiap pelajar setiap kali muhadoroh dijalankan ditambah pula sahabat2 sekuliah yg lebih matang dan sama2 gilakan ilmu yg dicurahkan oleh para ulama' Al Azhar tersebut. Sebahagian besar sahabat2 dari Mesir sudah lanjut usianya berbanding kami dari negara lain yang masih muda dan bujang..ada antara mereka sudah mempunyai 4, 5 orang anak tapi masih bersemngat menghadapi semua ini..tidak kurang pula ada yg sudah nampak seolah2 seorang syeikh Al Azhar, rupanya-rupanya sama-sama mengaji dlaam satu kuliah!Mungkin mereka ini tidak mempunyai masa sblm ini untuk menyambung pengajian secara kuliah sblm ini sbb bekerja, membina keluarga atau mengajar orang2 kampung di masjid2..apapun sebenarnya inilah antara perkara yg menyeronokkan kami pelajar dari negara lain kerana dpt bergaul dgn mereka yg lebih berusia dan berilmu pengetahuan..
Sebaik sahaja selesai imtihan fasal kedua peringkat ijazah maka bermulalah pula imtihan peringkat dirasat ulya..setiap madah rata2nya mempunyai 2 kitab perlu dihadham sebaiknya..betullah kata ustaz hairul nizam(salah sorg mahasiswa yg sedang menulis tesis MA Al azhar)"paling kurang anta memerlukan masa 3 atau 4 bulan untuk hadham semua muqarrar yang ada!" kalau tidak dibaca dan dihafal awal2 lagi mmg tak sempat untuk telan kesemuanya sekali lebih2 lagi kalau dah dekat dengan fatrah imtihan..berbanding ketika di peringkat ijazah dahulu ramai yg terconggok2 (duduk la..)dpn kitab time jadual imtihan dah keluar..masing2 akan jadi 'baik' masa tu..
Untuk masuk imtihan, setiap orang wajib menghantar dan lulus bahas(kerja kursus). Ini satu lagi cabaran yg wajib dilalui semata2 untuk menghadiri imtihan yg bakal diadakan. Alhamdulillah qisim fiqh muqaran antara yg paling ramai najah dalam bahas. Ana pon tak pasti kenapa..mngkn madah yg perlu kami hadapi selepas ini cukup sukar berbanding qisim2 lain dalam kuliyah syariah. Namun begitu ada juga shabat2 dari Malaysia yg tidak najah dlm bahas tersebut terutamanya dari qisim fiqhul 'am yg dikatakan antara yg paling susah untk najah dalam bahas kerana hanya diberi satu tajuk berkongsi dengan semua pelajar utk dibahaskan secara lumat.Seorang demi seorang sahabat seperjuangan dari Malaysia gugur bermula dari awal sehinggalah berakhirnya imtihan cukup menyedihkan kerana semakin lama semakin keseorangan di sini tanpa sahabat senegara..tidak termasuk ada antaranya yg sudah pulang terlebih dahulu kerana menghadapi beberapa masalah peribadi tanpa menghadapi kuliah lansung dan ada pula yg terpaksa mentawaqufkan pengajian bagi menumpukan perhatian pada keluarga pula..semuanya pasti ada hikmah yg mungkin tidak kita ketahui mengapa dan bagaimana akhirnya...
Tekanan yg dihadapi ketika fatrah imtihan tidak dapat ana gambarkan dengan kata2 kerana cukup memeritkan memandangkan selang antara madah yg singkat dengan muqarrar yg banyak serta keadaan tempat imtihan yg cukup panas kerana imtihan bermula pukul 10 pagi sehingga pukul 1 ptg. Sesekali ana terasa betapa beruntungnya pelajar2 di Dumyat dahulu kerana masih terasa sejuknya angin pantai sepoi2 bahasa ketika menjawab imtihan di musim panas di sana.Cuaca panas di kaherah ini kadang2 membuatkan kepala kita jadi sempit ketika menjawab soalan imtihan yang susah ditambah pula dengan peluh yg membasahi seluruh badan tanpa angin sepoi2 bahasa dari luar..yg ada hanya angin kipas yg agak perlahan dan angin panas yg dtg hanya sesekali menambahkan lagi kehangatan ketika berada di dlaam dewan imtihan.
Hari terakhir imtihan tahriri (bertulis) tertampal di syu'un nama2 yg tidak najah dalam imtihan tahriri madah al Quran. Ini bermakna sesiapa yg tidak terdapat namanya di situ dibenarkan menghadiri imtihan syafawi (lisan) pula selepas sehari selesai imtihan tahriri. Seorang lagi sahabat dr Malaysia yg tidak najah dalam tahriri Al Quran tersebut. Gagal dalam imtihan tahriri Al Quran bukan sahaja bermakna tidak berjaya memasuki imithan syafawi quran, malah juga gagal memasuki imtihan syafawi madah lain serta gagal dalam semua madah. Pendek cerita gagal satu madah bermakna gagal semuanya. Ana analogikan teori ini dengan iman seorang mukmin..seorang muslim yg betul2 beriman dengan 6 rukun Iman dan 5 rukun Islam akan dikatakan seorang mukmin yg sejati..namun seandainya dia hanya beriman dengan sebahagian dari rukun Iman dan sebahagian dari rukun Islam maka dia tidak dikatakan beriman walaupun dia hanya tidak beriman dengan 'satu' sahaja dari rukun tersebut...la budda semua rukun tersebut wajib diimani oleh setiap muslim tanpa meninggalkan satupun dari rukun tersebut..agaknya mungkin inilah sebenarnya konsep atau teori yg digunakan dalam sistem MA Al Azhar..
Sekarang ini, ana masih menunggu keputusan imtihan tahriri madah yg berbaki..seandainya najah semua madah tersebut barulah dibenarkan utk menghadiri imtihan syafawi madah (punya cerita2 tersendiri dari sahabat2 yg sudah melaluinya) yg berbaki..kalau tidak, peluang kedua daur thani bulan sembilan bakal menanti..hati ini sudah menghitung2 apa yg keptusan apa yg bakal dihadapi tidak lama lg..apapun kitab tetap perlu dibuka dan dihadham habis habisan sbb perjuangan ini masih belum selesai!!!
p/s : perkongsian pengalaman yg amat sedikit berbanding sahabat2 yg sudah lama terjun dalam bidang MA Al Azhar ini..khas ditujukan kepada sahabat2 yg baru menamatkan pengajian di peringkat ijazah baru2 ni ..semoga kalian tidak serik bersama Al Azhar dalam menuntut ilmu Allah yg maha luas ini..ayuh kita bersama berjuang di sini! Siapa berani menyahut cabaran ana ini??!! Sila daftar utk muqabalah nanti...
Sahabat-sahabatku yang dikasihi………
Bersempena bulan Ramadhan yang bakal tiba tidak lama lagi, ayuhlah kita sama-sama mempersiapkan diri untuk menghadapi satu madrasah yang cukup istimewa itu dengan menghisab atau bermuhasabah diri kita.Sesiapa yang menghisab dirinya sebelum dihisab maka akan diringankan hisabannya di akhirat kelak serta didatangkan jawabnya ketika disoal dan keelokan tempat kembali. Sebaliknya sesiapa yang tidak menghisab dirinya maka berkekalanlah kedukaannya dan panjanglah penghisabannya di Hari Pembalasan.
Justeru, hendaklah kita bermuhasabah dan menyoal diri sendiri, adakah kita akan terlepas daripada dihisab? Oleh itu segeralah bermuhasabah sebelum terlambat.
Sebagai panduan Imam Al Ghazali telah menetapkan beberapa marhalah atau peringkat untuk bermuhasabah seperti mana berikut:
Marhalah Pertama: Al Musyarothoh
Pada peringkat ini kita mengenali bahawa diri itu adalah diri kita sendiri dan hati itu adalah hati kita. Ditangan kitalah terserah segala amalan baik dan buruk. Ketahuilah bahawa membaiki diri adalah dengan amalan yang soleh manakala kerosakan diri adalah berpunca daripada maksiat dan kejahatan.
Marhalah Kedua: Al Muroqobah
Intai-intailah diri sewaktu mengharungi amalan dan perhatikanlah dengan mata hati. Sekiranya kita mendapati bahawa diri kita telah melanggari hak-hak Allah Taala lantas melakukan maksiat terhadapnya maka segeralah bertaubat dan baikilah diri dengan mentaati segala suruhan dan larangannya.
Marhalah Ketiga: Al Muhasabah
Apabila seseorang hamba itu menghisab dirinya pada akhir waktu, adakala rutin seharian yang dilalui dipenuhi dengan ketaatan. Justeru, sewajarnya hamba itu memuji Allah, berdoa dengan penuh kesabaran dan thabat diatas perkara tersebut. Sekiranya, kehidupan seharian hamba itu dipenuhi dengan maksiat dan dosa maka hendaklah dia berhenti, mencela dan menegah dirinya daripada mengulangi apa yang telah dilakukan sebelum itu.
Marhalah Keempat: Al Muaqobah
Amaran dan tegahan untuk tidak melakukan dosa dan maksiat tidak memadai sekiranya tidak diiringi dengan iqab (denda) yang zahir agar iqab itu menjadi penolak dan penghalang kepada dosa atau maksiat yang telah dilakukan.
Diriwayatkan bahawa SaidianUmar Al Khattab telah mendera dirinya sendiri kerana meninggalkan solat Asar berjamaah dengan menyedekahkan tanahnya yang bernilai 200 ribu dirham. Manakala sesetengah ulama’ pula mewajibkan diri dengan berpuasa selama setahun, berjalan kaki untuk menunaikan haji dan sebagainya bertujuan untuk menta’dib dan mentarbiah diri agar tidak mengulangi tegahan Allah Taala.
Marhalah Kelima: Al Mujahadah
Sentiasalah berwaspada, bermuhasabah, melaksanakan iqab dan bermujahadah dari masa ke semasa dan beramallah dengan amalan-amalan yang dikehendaki oleh Allah Subhanahu Wataala dengan bersungguh-sungguh supaya tidak futur di pertengahan jalan.
Seruanku buat sahabat-sahabat yang dikasihi, segeralah bermuhasabah serta ingatlah hala tuju dan persediaan kita untuk berhadapan dengan Hakim yang Maha Agung di Padang Mahsyar nanti. Adakah hari yang kita lalui kini lebih baik daripada semalam? Semoga kita semua diredhai Allah dan ditempatkan bersama hambanya yang solihin. Amin.