Pergaulan antara lelaki dan perempuan tanpa batasan ..tidak malukah kita?!


Alhamdulillah, segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam atas segala nikmat yang dikurniakanNya kepada kita. Seperti biasa sejak tinggal di Kaherah sekarang ana memperuntukkan beberapa hari dalam seminggu untuk berada di Hayyu Ayir tepatnya di Asrama Darul Iman untuk bersama-sama dengan adik2 seusrah dan membantu dalam beberapa urusan persatuan KPT. Baki hari yang lain ana menggunakan sepenuhnya untuk menghadiri kuliah dan kelas2 talaqi memandangkan kehadiran ke kuliah peringkat Master di Al Azhar adalah diwajibkan. Berada di Kaherah sekarang jauh bezanya dengan suasana ketika di Dumyat dahulu terutamanya jarak ke kuliah yang agak jauh dari tempat tinggal. Namun ana rasa cukup bersyukur kerana baru2 ini ana secara rasminya dapat tinggal di Malaysia Hall di Abbasiyah yang jaraknya lebih dekat dengan kuliah berbanding dari Hayyu Asyir.

Di kesempatan yang ada ini, ana ingin menyentuh sedikit berkaitan adab-adab pergaulan antara lelaki dan wanita memandangkan isu sosial yang berlaku di kalangan mahasiswa di Mesir ini semakin membimbangkan ,bukan sahaja membabitkan mahasiswa perubatan malahan yang amat malang sekali adalah turut melibatkan mahasiswa dari pengajian Islam sendiri. Walaupun jumlahnya amat kecil, tetapi ia cukup memalukan kita kerana kita berada di Bumi yang cukup barakah iaitu bumi para anbia' ditambah pula dikelilingi oleh para ulama' yang cukup disegani umat Islam seluruh dunia. Apakah sudah tidak ada lagi perasaan malu itu dalam diri kita??! Kebetulan pula selesai usrah pada petang tadi salah seorang adik seusrah datang bertanya beberapa kemusykilan yang berkaitan dengan hubungan dan adab2 antara dua jantina ini. Alhamdulillah kami dapat berbincang sedikit sebanyak berkaitan kemusykilan ini. Nasihat ana kepada 'ust K', supaya kita sama-sama mengkaji dan mendalami lagi berkaitan masalah tersebut. agar mudah bagi kita menjawab dan memberi penerangan kepada mereka yang masih belum memahami kehendak syarak.

Tidak ada sesiapa pun di dunia ini yang mengatakan bahawa pergaulan di antara lelaki dan wanita adalah sama dengan pergaulan di antara lelaki dengan lelaki atau perempuan dengan perempuan. Ini diakui bukan sahaja oleh Islam, tetapi juga oleh agama-agama dan nilai-nilai dalam tamadun-tamadun yang lain.

Di dalam Islam, pergaulan di antara lelaki dan perempuan adalah dibataskan pada perkara-perkara yang tertentu sahaja dan di dalam batas-batas yang tertentu.

Ini adalah kerana tabiat lelaki dan perempuan yang memang tidak sama di antara satu sama lain.

Percampuran yang diharuskan

Secara umumnya, lelaki dan wanita tidak perlu untuk bergaul dan berinteraksi. Kecuali dalam perkara-perkara yang tertentu sahaja barulah lelaki dan wanita dibenarkan untuk berinteraksi.

Perkara-perkara itu adalah:

1. Perkara-perkara Dharuriat

2. Perkara-perkara Hajiat

Perkara-perkara Dharuriat

Ia adalah pergaulan yang dibenarkan disebabkan oleh dharurat. Di antara contoh-contohnya adalah:

1. Menemani seorang perempuan yang berjalan di jalan yang jauh dari orang ramai (jadi musyrif)

2. Melarikan seorang perempuan untuk menyelamatkannya

Perkara-perkara Hajiat

Ia adalah pergaulan yang dibenarkan disebabkan oleh keperluan. Di antara contoh-contohnya adalah:

1. Urusan jual beli yang dibenarkan oleh syarak 5. Kerja-kerja kehakiman

2. Persaksian 6. Amar makruf nahi mungkar

3. Melayan tetamu pada batasnya 7. Dalam kenderaan awam

4. Kerja-kerja jihad 8. Belajar dan mengajar

Adab-adab Pergaulan Lelaki dan Wanita

Adab yang perlu dijaga oleh pihak lelaki adalah:

1. Ucapan yang makruf dan sopan

2. Menundukkan pandangan

3. Tidak berhimpit-himpit

4. Tidak berkhalwat

5. Menghindari tempat syubhat


Adab yang perlu dijaga oleh wanita secara khusus:

1. Iltizam dengan pakaian Islam

2. Ucapan yang tidak dilunakkan atau bermanja-manja

3. Menjaga pergerakan

Akhir sekali ana ingin memohon maaf sekiranya perkongsian ilmu yang amat sedikit dan penuh kedhoifan ini terdapat kesilapan dan kekurangan kerana perkongsian ini adalah atas dasar ilmu yang cetek dalam diri ini. Insya' Allah di lain kelapangan ana akan membincangkan lagi masalah2 ini agar masalah2 ini dapat difahami dan sama-sama kita membanteras gejala sosial mahasiswa kita di Bumi Mesir ini!

p/s: lepas ni nak turun ke dataran hayyu Asyir sebab sekarang sedang berlangsung ceramah perdana oleh YB Hj Nizar dan rombongan dari Malaysia. Dataran Asyir bakal bergegar lagi malam ini!

 

©2009 ~ibnuahmad addumyati~ | by TNB