Cabaran demi cabaran..

Alhamdulillah segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam serta selawat dan salam kepada junjungan nabi Muhammad penghulu sekalian anbia'..rasa syukur yang tidak terhingga kerana akhirnya ana diberi sedikit kesempatan dan ruang olehNya untuk terus berblog ni.. Sekian lama menyepi bukan bermakna untuk selamanya..tapi hanya seketika dek kerana kesibukan dengan jadual imtihan yang padat dicampur pula dengan beberapa program persatuan yg tidak henti2 (kembali rancak selepas imtihan peringkat ijazah baru-baru ini) dan tidak dijangkakan..bayangkan jadual imtihan yang hanya selang sehari dengan muqorror yang banyak memang sesuatu yg cukup meletihkan dan menyeksakan..berbanding jadual imtihan peringkat ijazah hanya dua madah seminggu dan ada sesetengah kuliyah yang selangnya lebih dari seminggu..jeles betul ana tengok adik2 di peringkat ijazah..time imtihan pon masih boleh santai2 pergi jalan2, main game n lain2..bukan jeles sbb nak pegi jalan2, main game atau sebagainya tu, tapi sekurang2nya diberi masa yang secukupnya untuk menumpukan perhatian setiap madah dalam imtihan..ana rasa 3 madah seminggu mmg tak sempat untuk mengulang semuanya walaupun sudah ada yang hafal sebelumnya tapi masih memerlukan masa untuk mengulang hafalan..mungkin inilah cabaran yang perlu ana telan sepanjang pengajian ijazah lanjutan ni..kena banyak bersabar la ya Abdul Halim!

Berkongsi pengalaman menghadapi imtihan untuk pertama kalinya di peringkat dirasat ulya (ijazah lanjutan/master)Al Azhar cukup memberi kesan dalam diri terutamanya dalam menilai maksud 'cabaran' itu sendiri..satu demi satu ujian dan cabaran perlu ditempuhi walaupun titik pengakhirannya belum pasti di mana dan bila akan berakhir..dulu sebelum ana bertekad untuk menyambung MA di Al Azhar bermacam-macam statement yang ana dengar. Antaranya yang selalu terngiang-ngiang di telinga ana "Anta tahu tak MA Al Azhar paling susah di dunia, yang betul2 dapat habiskan pon boleh bilang dengan jari je!", ade yg kata "Anta hanya bazirkan umur anta je..paling kurang pon anta kena duduk sepuluh tahun lagi kat sana!", yg paling sinis dan sadis "Anta jgn harap la dapat habiskan MA di Al Azhar! bukan calang-calang orang dpt habiskan MA kat situ..yg hebat2 pon ramai yang kantoi!" dan bermacam-macam lagi kata-kata yg kadang2 walaupun rasa pahit untuk ditelan ana jadikan sebagai satu cabaran dan azam serta disemat 'kemas keming'(kata org Ganu) dalam hati.. ana rasa statement2 inilah antara penyebab utama rakan-rakan dari Malaysia sendiri tidak berani untuk meneruskan pengajian MA di Al Azhar ini..realitinya rata-rata setiap kuliah MA yang ada di Al Azhar hanya terdapat seorang atau dua orang sahaja mahasiswa dari Malaysia..berbanding dari negara2 lain terutamanya yang dari Indonesia cukup ramai sehingga ada di antaranya mencecah 20 orang lebih dalam satu kuliah..ana teringat kata-kata seorang sahabat dari negara jiran kita itu baru2 ni "Tahun depan anta ajak la teman2 dari Malaysia sambung belajar di sini! Kenapa tak ramai yang mahu sambung di sini?!". Apa tidaknya, dalam kuliyah syariah qisim fiqh muqoron sekarang ni pon hanya ana seorang dari Malaysia!Pernah satu ketika seorang sahabat kata dengan nada sinis "Anta ni harapan negara ni tau tak!" Whatever la ape yang orang cakap..yg penting ana anggap ini adalah 'fardhu kifayah' ke atas diri ana dan insyak Allah akan cuba sedaya upaya untuk menghadapinya dan moga2 diiringi doa sahabat2 sekalian!

Cabaran sebenar bermula ketika mula2 muqabalah (interview) lagi iaitu pada bulan 11 tahun lepas. Masa tu, seorang sahabat dari Dumyat sendiri tak berjaya dalam muqabalah tu walaupun ana tengok dialah antara yg paling bersemangat untuk menyambung MA di Al Azhar berbanding yang lain..Mungkin bukan rezekinya lagi..apapun ana sentiasa mendoakan dia agar dipermudahkan Allah untuk menyambung semula di sini nanti(sekarang die tengah sibuk berjuang dengan Parti Islam di pejabat agung PAS..alhamdulillah, mungkn ini antara hikmah anta tak berjaya muqabalah hari tu..teruskan berjuang sahabatku!)..Kuliah yang bermula sebaik sahaja selesai imtihan fasal pertama peringkat ijazah juga ada cabarannya..kuliah bermula betul2 ketika matahari tegak di atas kepala di samping madah2 yg disyarahkan oleh doktor cukup memeningkan untuk difahami serta memerlukan kesabaran yg tinggi..namun begitu cabaran ke kuliah tidak lama kerana kuliah hanya berjalan selama 2 bulan lebih sahaja..sepayah mana pun untuk difahami madah2 tersebut kuliah tetap 'wajib' dihadiri dan itulah yang ana pegang sejak di peringkat ijazah lagi dan itulah yang selalu ana tekankan pada adik2 yg lain. sebabnya? banyak sekali..ada masa lain kali insyak Allah ana akan postkan smula sebab2nya..alhamdulillah setiap muhadoroh walaupon memenatkan tapi cukup memberi memberi makna dan berbeza dari sebelum ini..lebih2 lagi doktor2 bukan hanya memberi tapi turut membuka ruang seluas2nya kepada pelajar untuk bertanya dan berbincang tentang apa yg dipelajari..

Kebanyakan doktor ckup bersemngat dan bersugguh2 memberi kefahaman kepada setiap pelajar setiap kali muhadoroh dijalankan ditambah pula sahabat2 sekuliah yg lebih matang dan sama2 gilakan ilmu yg dicurahkan oleh para ulama' Al Azhar tersebut. Sebahagian besar sahabat2 dari Mesir sudah lanjut usianya berbanding kami dari negara lain yang masih muda dan bujang..ada antara mereka sudah mempunyai 4, 5 orang anak tapi masih bersemngat menghadapi semua ini..tidak kurang pula ada yg sudah nampak seolah2 seorang syeikh Al Azhar, rupanya-rupanya sama-sama mengaji dlaam satu kuliah!Mungkin mereka ini tidak mempunyai masa sblm ini untuk menyambung pengajian secara kuliah sblm ini sbb bekerja, membina keluarga atau mengajar orang2 kampung di masjid2..apapun sebenarnya inilah antara perkara yg menyeronokkan kami pelajar dari negara lain kerana dpt bergaul dgn mereka yg lebih berusia dan berilmu pengetahuan..

Sebaik sahaja selesai imtihan fasal kedua peringkat ijazah maka bermulalah pula imtihan peringkat dirasat ulya..setiap madah rata2nya mempunyai 2 kitab perlu dihadham sebaiknya..betullah kata ustaz hairul nizam(salah sorg mahasiswa yg sedang menulis tesis MA Al azhar)"paling kurang anta memerlukan masa 3 atau 4 bulan untuk hadham semua muqarrar yang ada!" kalau tidak dibaca dan dihafal awal2 lagi mmg tak sempat untuk telan kesemuanya sekali lebih2 lagi kalau dah dekat dengan fatrah imtihan..berbanding ketika di peringkat ijazah dahulu ramai yg terconggok2 (duduk la..)dpn kitab time jadual imtihan dah keluar..masing2 akan jadi 'baik' masa tu..

Untuk masuk imtihan, setiap orang wajib menghantar dan lulus bahas(kerja kursus). Ini satu lagi cabaran yg wajib dilalui semata2 untuk menghadiri imtihan yg bakal diadakan. Alhamdulillah qisim fiqh muqaran antara yg paling ramai najah dalam bahas. Ana pon tak pasti kenapa..mngkn madah yg perlu kami hadapi selepas ini cukup sukar berbanding qisim2 lain dalam kuliyah syariah. Namun begitu ada juga shabat2 dari Malaysia yg tidak najah dlm bahas tersebut terutamanya dari qisim fiqhul 'am yg dikatakan antara yg paling susah untk najah dalam bahas kerana hanya diberi satu tajuk berkongsi dengan semua pelajar utk dibahaskan secara lumat.Seorang demi seorang sahabat seperjuangan dari Malaysia gugur bermula dari awal sehinggalah berakhirnya imtihan cukup menyedihkan kerana semakin lama semakin keseorangan di sini tanpa sahabat senegara..tidak termasuk ada antaranya yg sudah pulang terlebih dahulu kerana menghadapi beberapa masalah peribadi tanpa menghadapi kuliah lansung dan ada pula yg terpaksa mentawaqufkan pengajian bagi menumpukan perhatian pada keluarga pula..semuanya pasti ada hikmah yg mungkin tidak kita ketahui mengapa dan bagaimana akhirnya...

Tekanan yg dihadapi ketika fatrah imtihan tidak dapat ana gambarkan dengan kata2 kerana cukup memeritkan memandangkan selang antara madah yg singkat dengan muqarrar yg banyak serta keadaan tempat imtihan yg cukup panas kerana imtihan bermula pukul 10 pagi sehingga pukul 1 ptg. Sesekali ana terasa betapa beruntungnya pelajar2 di Dumyat dahulu kerana masih terasa sejuknya angin pantai sepoi2 bahasa ketika menjawab imtihan di musim panas di sana.Cuaca panas di kaherah ini kadang2 membuatkan kepala kita jadi sempit ketika menjawab soalan imtihan yang susah ditambah pula dengan peluh yg membasahi seluruh badan tanpa angin sepoi2 bahasa dari luar..yg ada hanya angin kipas yg agak perlahan dan angin panas yg dtg hanya sesekali menambahkan lagi kehangatan ketika berada di dlaam dewan imtihan.

Hari terakhir imtihan tahriri (bertulis) tertampal di syu'un nama2 yg tidak najah dalam imtihan tahriri madah al Quran. Ini bermakna sesiapa yg tidak terdapat namanya di situ dibenarkan menghadiri imtihan syafawi (lisan) pula selepas sehari selesai imtihan tahriri. Seorang lagi sahabat dr Malaysia yg tidak najah dalam tahriri Al Quran tersebut. Gagal dalam imtihan tahriri Al Quran bukan sahaja bermakna tidak berjaya memasuki imithan syafawi quran, malah juga gagal memasuki imtihan syafawi madah lain serta gagal dalam semua madah. Pendek cerita gagal satu madah bermakna gagal semuanya. Ana analogikan teori ini dengan iman seorang mukmin..seorang muslim yg betul2 beriman dengan 6 rukun Iman dan 5 rukun Islam akan dikatakan seorang mukmin yg sejati..namun seandainya dia hanya beriman dengan sebahagian dari rukun Iman dan sebahagian dari rukun Islam maka dia tidak dikatakan beriman walaupun dia hanya tidak beriman dengan 'satu' sahaja dari rukun tersebut...la budda semua rukun tersebut wajib diimani oleh setiap muslim tanpa meninggalkan satupun dari rukun tersebut..agaknya mungkin inilah sebenarnya konsep atau teori yg digunakan dalam sistem MA Al Azhar..

Sekarang ini, ana masih menunggu keputusan imtihan tahriri madah yg berbaki..seandainya najah semua madah tersebut barulah dibenarkan utk menghadiri imtihan syafawi madah (punya cerita2 tersendiri dari sahabat2 yg sudah melaluinya) yg berbaki..kalau tidak, peluang kedua daur thani bulan sembilan bakal menanti..hati ini sudah menghitung2 apa yg keptusan apa yg bakal dihadapi tidak lama lg..apapun kitab tetap perlu dibuka dan dihadham habis habisan sbb perjuangan ini masih belum selesai!!!


p/s : perkongsian pengalaman yg amat sedikit berbanding sahabat2 yg sudah lama terjun dalam bidang MA Al Azhar ini..khas ditujukan kepada sahabat2 yg baru menamatkan pengajian di peringkat ijazah baru2 ni ..semoga kalian tidak serik bersama Al Azhar dalam menuntut ilmu Allah yg maha luas ini..ayuh kita bersama berjuang di sini! Siapa berani menyahut cabaran ana ini??!! Sila daftar utk muqabalah nanti...

MUHASABAH DIRI..

Sahabat-sahabatku yang dikasihi………

Bersempena bulan Ramadhan yang bakal tiba tidak lama lagi, ayuhlah kita sama-sama mempersiapkan diri untuk menghadapi satu madrasah yang cukup istimewa itu dengan menghisab atau bermuhasabah diri kita.Sesiapa yang menghisab dirinya sebelum dihisab maka akan diringankan hisabannya di akhirat kelak serta didatangkan jawabnya ketika disoal dan keelokan tempat kembali. Sebaliknya sesiapa yang tidak menghisab dirinya maka berkekalanlah kedukaannya dan panjanglah penghisabannya di Hari Pembalasan.

Justeru, hendaklah kita bermuhasabah dan menyoal diri sendiri, adakah kita akan terlepas daripada dihisab? Oleh itu segeralah bermuhasabah sebelum terlambat.

Sebagai panduan Imam Al Ghazali telah menetapkan beberapa marhalah atau peringkat untuk bermuhasabah seperti mana berikut:

Marhalah Pertama: Al Musyarothoh

Pada peringkat ini kita mengenali bahawa diri itu adalah diri kita sendiri dan hati itu adalah hati kita. Ditangan kitalah terserah segala amalan baik dan buruk. Ketahuilah bahawa membaiki diri adalah dengan amalan yang soleh manakala kerosakan diri adalah berpunca daripada maksiat dan kejahatan.

Marhalah Kedua: Al Muroqobah

Intai-intailah diri sewaktu mengharungi amalan dan perhatikanlah dengan mata hati. Sekiranya kita mendapati bahawa diri kita telah melanggari hak-hak Allah Taala lantas melakukan maksiat terhadapnya maka segeralah bertaubat dan baikilah diri dengan mentaati segala suruhan dan larangannya.

Marhalah Ketiga: Al Muhasabah

Apabila seseorang hamba itu menghisab dirinya pada akhir waktu, adakala rutin seharian yang dilalui dipenuhi dengan ketaatan. Justeru, sewajarnya hamba itu memuji Allah, berdoa dengan penuh kesabaran dan thabat diatas perkara tersebut. Sekiranya, kehidupan seharian hamba itu dipenuhi dengan maksiat dan dosa maka hendaklah dia berhenti, mencela dan menegah dirinya daripada mengulangi apa yang telah dilakukan sebelum itu.

Marhalah Keempat: Al Muaqobah

Amaran dan tegahan untuk tidak melakukan dosa dan maksiat tidak memadai sekiranya tidak diiringi dengan iqab (denda) yang zahir agar iqab itu menjadi penolak dan penghalang kepada dosa atau maksiat yang telah dilakukan.

Diriwayatkan bahawa SaidianUmar Al Khattab telah mendera dirinya sendiri kerana meninggalkan solat Asar berjamaah dengan menyedekahkan tanahnya yang bernilai 200 ribu dirham. Manakala sesetengah ulama’ pula mewajibkan diri dengan berpuasa selama setahun, berjalan kaki untuk menunaikan haji dan sebagainya bertujuan untuk menta’dib dan mentarbiah diri agar tidak mengulangi tegahan Allah Taala.

Marhalah Kelima: Al Mujahadah

Sentiasalah berwaspada, bermuhasabah, melaksanakan iqab dan bermujahadah dari masa ke semasa dan beramallah dengan amalan-amalan yang dikehendaki oleh Allah Subhanahu Wataala dengan bersungguh-sungguh supaya tidak futur di pertengahan jalan.

Seruanku buat sahabat-sahabat yang dikasihi, segeralah bermuhasabah serta ingatlah hala tuju dan persediaan kita untuk berhadapan dengan Hakim yang Maha Agung di Padang Mahsyar nanti. Adakah hari yang kita lalui kini lebih baik daripada semalam? Semoga kita semua diredhai Allah dan ditempatkan bersama hambanya yang solihin. Amin.

Umat Islam Kini - Satu Pengamatan


Ummat Islam mengikut taarif Allah S.W T adalah sebaik-baik ummat yang dilahirkan di antara ummat manusia kerana mereka sentiasa berj i had menegakkan Al-Maaruf dan di waktu yang sama juga mereka mencegah yang mungkar.

Mereka adalah contoh yang terbaik dan pilihan kerana mereka yakin akan wujudnya Allah S.W.T dan percaya sepenuhnya kepada janji-janji Allah, mereka beriman kepada Allah S.W.T dan iman itu ditunjukkan dengan taat dan takwa kepada Allah S.W.T pada setiap saat dalam kehidupan mereka, mahupun apabila mereka sesama mereka ataupun mereka keseorangan diri.
Mereka sedar bahawa belumlah betul-betul dinamai Iman jika belum mendorong orangnya untuk bekerja keras, menerus dengan kerja-kerja Islam (Amal Islami) dan menyampaikan ajaran-ajaran Islam kepada orang lain belum lagi merasai kemanisan dan menikmati cara hidup Islam.

Sesungguhnya tepatlah sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:
“Iman itu bukanlah angan-angan dan bukan pula perhiasan tetapi Iman itu adalah sesuatu yang menetap di dalam hati dan dibenarkan dengan amalan.”
Itulah ummat yang terdahulu yang mendapat didikan Iman dari Madrasah Rasulullah S.A.W yang mana sumber didikan mereka hanya sanya Al-Quran, menilai Rabbani yang sentiasa mendidik dan membetuli mereka dan setiap aktiviti mereka di dalam kehidupan samada dalam bentuk fikiran, tindakan dan amalan.

Di sana masih ada perbezaan yang jauh antara ummat Islam kini dan jenerasi Al-Quran yang pertama dahulu yang mana di dalam jiwa mereka terdapat Iman yang bergelora, menyala, cermat dan waspada.

Sebaliknya Ummat Islam kini mereka mempunyai Iman yang bisu, mandul, tidur nyenyak dalam jiwa dan mereka tidak mematuhi hukum dan tuntutan Iman itu sendiri.

KEADAAN DAN MASALAH YANG SAMA

Sesungguhnya segala keadaan dan corak hidup yang ada di seluruh dunia Islam pada hari ini adalah sama saja. Keadaan Ummat Islam yang sebenarnya telah menyerah kalah kepada pemikiran-pemikiran dan cara hidup yang menggunakan akal fikiran sebagai inti wahyu Illahi. Tiada penafian dalam hal ini kerana masyarakat Islam telah begitu lama dijajah (tanah air dan fikiran) telah jauh dari hakikat hidup dari kacamata Islam. Perhambaan diri mereka tidak hanya sanya pada Allah S.W.T semata-mata sedangkan mereka mengucap dua kalimah Syahadah, mengerjakan sembahyang, berpuasa, mengeluarkan Zakat dan menunaikan Haji di Baitullah.

Apabila kita meninjau ke seluruh pelusuk alam ini, nescaya kita dapat melihat keadaan sebenar Ummat Islam pada hari ini. Ratusan ummat-ummat Islam tidak lagi digeruni oleh musuh-musuh mereka, malah ummat Islam dipermain-mainkan sesuka hati oleh angkatan Jahiliah yang diketuai oleh Syaitan, ummat Islam seolah-olah dibius, jiwa mereka rendah, peribadi mereka juga rendah serta natijah mereka juga dipandang rendah. Kemanakah hilangnya tradisi kegemilangan, kekuatan Islam yang pada satu ketika dulu tradisi telah dapat menarik penganut-penganut cara hidup yang bukan Islam kepada cara hidup Islam.

Wujudnya situasi yang sebegini rupa adalah kerana ummat Islam sendiri telah jahil akan tujuan sebenarnya Islam itu diturunkan kepada seluruh ummat manusia. Ummat Islam kini tidak tahu menghargai Pimpinan Illahi dan merasa rendah dikira apabila menyebut Islam. Ummat Islam pada hari ini tidak boleh lagi dipanggil sebagai ummat Islam, Islam itu tetap ada tetapi ummatnya adalah umpama jasad tanpa nyawa, sebenarnya mereka juga sendiri daripada angkatan jahiliah kerana:

1) Tidak beriman sebenarnya dengan Allah S.W.T
Nampak jahiliah itu dalam bermacam-macam keadaan, tindakan dan aktiviti. Mereka tidak menyerah semua urusan hidup mereka kepada Allah S.W.T. Iman yang sebenarnya ialah dengan menjadikan hanya Allah sahaja sebagai Illah. Perintah dan undang-undang Allah sahaja yang diterima dan dipatuh. Jika tidak, maka uluhiyyatillah kita masih tidak sempurna.
2) Mengikut Hawa Nafsu
Jahiliah dengan hawa nafsu adalah seiringan.
Firman Allah S.W.T dalam Surah Al-Jaatsiyah (45) ayat 18 yang bermaksud:
“Kemudian kami jadikan kamu berada di atas Syariat (peraturan) dari urusan (Deen) itu, maka ikutilah syariat itu dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu orang-orang yang tidak mengetahui”
Sekiranya hawa nafsu menghukum walaupun pengikut syariat Allah S.W.T maka masih dikira jahiliah. Hakikat hawa nafsu menghukum ialah ianya berbeza mengikut keadaan dan masa.

3) Mengikut Thaghut
Firman Allah dalam surah Al- Baqarah ayat 257 yang bermaksud:
“Allah pelindung bagi orang-orang yang beriman,Dia mengeluarkan mereka dari kegelapan (kekafiran) kepada cahaya (Iman) .Dan orang-orang kafir pelindung-pelindung mereka ialah thaghut,yang mengeluarkan mereka daripada cahaya kepada kegelapan.Mereka itu adalah penghuni neraka,mereka kekal di dalamnya”
Dalam surah Annisa' (4) ayat 76 Allah S.W.T berfirman yang bermaksud:
“Orang -orang yang beriman berperang di jalan Allah dan Orang yang kafir berperang di jalan thaghut, sebab itu perangilah kuncu-kuncu syaitan itu kerana sesungguhnya tipu daya syaitan itu adalah lemah.”

Orang-orang yang beriman kepada Allah berjuang dan berperang kerana Allah S.W.T, tetapi orang-orang Jahiliah berjuang bermati-matian untuk mengikut perintah thaghut.

SIFAT-SIFAT MEREKA YANG HIDUP UNTUK ISLAM

Berbeza dengan sifat-sifat yang tersebut di atas,sifat-sifat mereka yang hidup untuk Islam sepatutnya:

a) Benar-benar terikat dan menurut ajaran Islam, Iman dan amal mereka yang selaras, tidak menyuruh orang berbuat baik tanpa dirinya sendiri berbuat baik dan tidak memperkatakan sesuatu yang tidak dilakukannya.

b) Mengutamakan kepentingan Islam walau di mana sahaja mereka berada. Musuh-musuh Islam tidak dapat meresap masuk dan mengganggu-gugat dengan apa cara sekalipun.

c) Merasa mulia dengan kebenaran Islam dan yakin kepada Allah. Tidak merasa lemah dan dukacita dengan mehnah dan fitnah yang berada di hadapan mereka.

d) sentiasa bekerja untuk Islam bersama-sama dengan Aktivis-aktivis (mujahid-mujahid) Islam yang lain dalam berdakwah kepada Allah, menyuruh dengan kebaikan dan mencegah kemungkaran. Mereka sentiasa bersama Jamaah Ummah dan patuh kepada kehendak dan pimpinan Jamaah tersebut.

SISTEM WAHYU

Sekiranya Iman merupakan penyelamat dan tenaga penggerak kepada pembangunan kepada generasi Al-Quran yang terdahulu maka Iman itu juga yang menjadi penyelamat dan tenaga penggerak kepada jenerasi ummat yang terkemudian. Dan generasi yang terdahulu telah mengambil Al-Quran untuk mencipta Tamadun..... generasi sekarang mesti mengambil Al-Quran untuk menempah semula tamadun tersebut.

Generasi Al-Quran yang pertama dahulu apabila mereka bertindak melakukan sesuatu, dalam apa sahaja bidang yang mereka ceburi mereka tidak pernah malah takut untuk mendahulukan Allah dan RasulNya. Mereka sentiasa menunggu saranan dan teguran wahyu.... dan apabila ditanzilkan wahyu kepada mereka tanpa persoalan lagi mereka terus melaksanakan kehendak wahyu tersebut samada dalam bentuk suruhan ataupun tegahan bagaikan askar-askar yang menurut perintah ketua mereka.

Oleh itu kita dalam setiap gerak kerja kita mestilah merujuk terlebih dahulu kepada Al-Quran dan Al-Sunnah dan bersesuaian dengan waki' (realiti) serta ikhlas tanpa ada sedikitpun matlamat duniawi.

Sepatutnya sejarah Tanzil (turun) nya Al-Quran itu menjadi contoh kepada kita dewasa ini. Ia ditanzilkan secara munajjaman(beransur-ansur). Hal ini adalah mengikut fitrah manusia itu sendiri, kalau dulu Al-Quran itu mendidik dan berjinak-jinak dengan jiwa-jiwa generasi sahabat secara munajjaman iaitu mengikut perkembangan pemikiran dan sosial mereka, semestinyalah kita mengikutnya demikian juga. Dengan ini bukanlah bererti yang kita tidak perlu menjalankan undang-undang dan peraturan Allah di muka bumi ini disebabkan kita bermula dengan iman tetapi undang-undang Allah telah lengkap dan mesti dipatuhi sepenuhnya. Apa yang kita maksudkan dengan munajjaman di sini ialah khusus dalam pendidikan jiwa kita.

Mungkin ada sebahagian orang akan merasakan proses ini tidak perlu lagi pada zaman yang serba canggih ini, sedarilah dan insafilah bahawa untuk bersemadinya Iman di dalam hati kita dan dapat melahirkan natijah yang positif sangatlah perlu kita kembali kepada satu proses pendidikan semula setiap jiwa-jiwa muslimin yang ikhlas kepada Islam.

Kita tegaskan di sini, bahawa Islam bukan sekadar Risalah tetapi ianya juga merupakan Manhaj(cara), sunnah dan perjalanan Rasulullah S.A.W adalah sebaik-baik manhaj, sunnah itu adalah Haq dan Haq itu adalah daripada Allah Azza Wajjalla.

Proses pendidikan semula itu perlulah menurut satu persatu landasan yang telah dilalui oleh Muhamad Rasulullah S.A.W dan jenerasi sahabat dahulu. Matlamat hidup perlulah diperbetulkan semula, kesungguhan dan keikhlasan kepada proses itu sendiri perlulah ada pada setiap jiwa yang ingin mengikuti proses pendidikan semula Islam itu, jika tidak natijahnya akan bersimpang-siur.

MASA DEPAN DUNIA ADALAH UNTUK ISLAM

Di kalangan ummat Islam yang telah dibius itu telah ada yang sedar, bangun dan mengejutkan saudaranya yang lain. Seorang demi seorang bangun dan bersatu di bawah panji-panji Aqidah Islam. Seluruh dunia sekarang ini sedang menghadapi pergolakan yang dicetuskan oleh mujahid-mujahid ini. Bagi yang mahu kepada kebenaran mereka menyambut baik akan perkembangan ini, tetapi bagi mereka yang menyintai kekufuran, kezaliman, penyelewengan dan kemaksiatan, insiden ini amatlah tidak disenangi dan mereka cuba sedaya upaya mereka samada secara diplomasi atau kuku besi sekalipun untuk melenyapkan cahaya ini.

Kita bersikap optimis bahawa, masa depan dunia adalah untuk Islam memandangkan kepada keadaan masyarakat dewasa ini yang mana sistem-sistem pembikinan manusia yang dipaksakan kepada mereka jelas tidak mampu untuk menyelamatkan manusia dari segala bentuk bahaya dan kezaliman yang sedang berjalan walau atas nama apa sekalipun tetapi amat dibenci oleh masyarakat terbanyak.

Optimisnya kita bukanlah bererti kita boleh berpeluk tubuh, memerhatikan keadaan dan menunggu natijahnya tetapi ianya menuntut kepada usaha, tenaga, Ilmu, kedudukan, keikhlasan dari kita yang beriman kepada Allah dengan yang sebenarnya.

Oleh itu, perbetulkan Aqidah kita agar Iman kita betul, dengan itu nanti akan benarlah segala amalan kita, Insya-Allah.

PENUTUP

Menyedari bahawa Islam sudah tidak lagi dipraktikkan dalam kehidupan masyarakat kerana ketandusan Iman, berkepentingan peribadi serta jahil, maka program-program yang positif perlu diambil untuk membetulkan keadaan tersebut.
Abul A'la Al Maududi menyarankan supaya diajak manusia supaya kembali beriman kepada rukun-rukun Iman dengan sebenarnya, membersihkan diri dari segala bentuk kepercayaan tahyul, khurafat dan bid'ah dan membentuk serta membangunkan semula konsep kefahaman Islam yang sebenarnya di kalangan masyarakat.
Inilah jalan yang sah dan betul yang telah dilakukan oleh Harakah Islamiyyah melalui susunan tarbiahnya yang rapi.


Pergaulan antara lelaki dan perempuan tanpa batasan ..tidak malukah kita?!


Alhamdulillah, segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam atas segala nikmat yang dikurniakanNya kepada kita. Seperti biasa sejak tinggal di Kaherah sekarang ana memperuntukkan beberapa hari dalam seminggu untuk berada di Hayyu Ayir tepatnya di Asrama Darul Iman untuk bersama-sama dengan adik2 seusrah dan membantu dalam beberapa urusan persatuan KPT. Baki hari yang lain ana menggunakan sepenuhnya untuk menghadiri kuliah dan kelas2 talaqi memandangkan kehadiran ke kuliah peringkat Master di Al Azhar adalah diwajibkan. Berada di Kaherah sekarang jauh bezanya dengan suasana ketika di Dumyat dahulu terutamanya jarak ke kuliah yang agak jauh dari tempat tinggal. Namun ana rasa cukup bersyukur kerana baru2 ini ana secara rasminya dapat tinggal di Malaysia Hall di Abbasiyah yang jaraknya lebih dekat dengan kuliah berbanding dari Hayyu Asyir.

Di kesempatan yang ada ini, ana ingin menyentuh sedikit berkaitan adab-adab pergaulan antara lelaki dan wanita memandangkan isu sosial yang berlaku di kalangan mahasiswa di Mesir ini semakin membimbangkan ,bukan sahaja membabitkan mahasiswa perubatan malahan yang amat malang sekali adalah turut melibatkan mahasiswa dari pengajian Islam sendiri. Walaupun jumlahnya amat kecil, tetapi ia cukup memalukan kita kerana kita berada di Bumi yang cukup barakah iaitu bumi para anbia' ditambah pula dikelilingi oleh para ulama' yang cukup disegani umat Islam seluruh dunia. Apakah sudah tidak ada lagi perasaan malu itu dalam diri kita??! Kebetulan pula selesai usrah pada petang tadi salah seorang adik seusrah datang bertanya beberapa kemusykilan yang berkaitan dengan hubungan dan adab2 antara dua jantina ini. Alhamdulillah kami dapat berbincang sedikit sebanyak berkaitan kemusykilan ini. Nasihat ana kepada 'ust K', supaya kita sama-sama mengkaji dan mendalami lagi berkaitan masalah tersebut. agar mudah bagi kita menjawab dan memberi penerangan kepada mereka yang masih belum memahami kehendak syarak.

Tidak ada sesiapa pun di dunia ini yang mengatakan bahawa pergaulan di antara lelaki dan wanita adalah sama dengan pergaulan di antara lelaki dengan lelaki atau perempuan dengan perempuan. Ini diakui bukan sahaja oleh Islam, tetapi juga oleh agama-agama dan nilai-nilai dalam tamadun-tamadun yang lain.

Di dalam Islam, pergaulan di antara lelaki dan perempuan adalah dibataskan pada perkara-perkara yang tertentu sahaja dan di dalam batas-batas yang tertentu.

Ini adalah kerana tabiat lelaki dan perempuan yang memang tidak sama di antara satu sama lain.

Percampuran yang diharuskan

Secara umumnya, lelaki dan wanita tidak perlu untuk bergaul dan berinteraksi. Kecuali dalam perkara-perkara yang tertentu sahaja barulah lelaki dan wanita dibenarkan untuk berinteraksi.

Perkara-perkara itu adalah:

1. Perkara-perkara Dharuriat

2. Perkara-perkara Hajiat

Perkara-perkara Dharuriat

Ia adalah pergaulan yang dibenarkan disebabkan oleh dharurat. Di antara contoh-contohnya adalah:

1. Menemani seorang perempuan yang berjalan di jalan yang jauh dari orang ramai (jadi musyrif)

2. Melarikan seorang perempuan untuk menyelamatkannya

Perkara-perkara Hajiat

Ia adalah pergaulan yang dibenarkan disebabkan oleh keperluan. Di antara contoh-contohnya adalah:

1. Urusan jual beli yang dibenarkan oleh syarak 5. Kerja-kerja kehakiman

2. Persaksian 6. Amar makruf nahi mungkar

3. Melayan tetamu pada batasnya 7. Dalam kenderaan awam

4. Kerja-kerja jihad 8. Belajar dan mengajar

Adab-adab Pergaulan Lelaki dan Wanita

Adab yang perlu dijaga oleh pihak lelaki adalah:

1. Ucapan yang makruf dan sopan

2. Menundukkan pandangan

3. Tidak berhimpit-himpit

4. Tidak berkhalwat

5. Menghindari tempat syubhat


Adab yang perlu dijaga oleh wanita secara khusus:

1. Iltizam dengan pakaian Islam

2. Ucapan yang tidak dilunakkan atau bermanja-manja

3. Menjaga pergerakan

Akhir sekali ana ingin memohon maaf sekiranya perkongsian ilmu yang amat sedikit dan penuh kedhoifan ini terdapat kesilapan dan kekurangan kerana perkongsian ini adalah atas dasar ilmu yang cetek dalam diri ini. Insya' Allah di lain kelapangan ana akan membincangkan lagi masalah2 ini agar masalah2 ini dapat difahami dan sama-sama kita membanteras gejala sosial mahasiswa kita di Bumi Mesir ini!

p/s: lepas ni nak turun ke dataran hayyu Asyir sebab sekarang sedang berlangsung ceramah perdana oleh YB Hj Nizar dan rombongan dari Malaysia. Dataran Asyir bakal bergegar lagi malam ini!

Ma'rod Kutub dan Usrah Amali..

Bismillahirrahmanirrahim...
Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam yang menciptakan Langit dan Bumi serta segala yang terkandung di dalamnya. Selawat serta salam kepada junjungan besar nabi Muhammad, ahli keluarga baginda, para sahabat dan tabi' tabien.

Entah kenapa tiba2 rasa teringin mengupdate blog yg sudah sekian lama bersawang ini. Walaupun keletihan masih terasa dek kerana baru pulang dari usrah amali bersama2 adik2 tahun satu di maarod kitab (pameran buku) antarabangsa di Kaherah petang tadi. Usrah amali ini sengaja diadakan sempena musim maarod kitab dan kebetulan pula mereka ini baru saja menghabiskan imtihan fasal awwal baru2 ini. Seminggu dua lagi kita akan meneruskan rutin mingguan dengan usrah ilmi pula. Walaupun hanya sempat menjenguk hanya beberapa buah solah (dewan) di maarod tersebut, hari sudah pun hampir ke waktu maghrib. Mujur sempat solat maghrib di bait tolabah di hayyu asyir setibanya di sana. Tahun ini, ana tidak merancang untuk menjelajah keseluruhan solah yg ada di maarod kitab tersebut memandangkan duit pon sudah kering. Maklumla pinjaman yg diperuntukkan selama 4 tahun di sini pun sudah tamat tempohnya dan hanya menunggu masa untuk dibayar sahaja lagi. Sejujurnya, sepanjang berada di Bumi Anbia' ini, ana tidak pernah menjelajah keseluruhan maarod kitab tersebut kerana ia cukup luas dan memakan masa beberapa hari untuk betul2 menjenguk dari satu maktabah ke satu maktabah. Solah (dewan yg hampir sama besarnya dengan stadium tertutup di hadapan hospital Kuala Terengganu) di sana pula tidak kurang dari tujuh buah kesemuanya. Itu tidak termasuk dengan gerai2 dan khemah2 yg didirikan di luar solah lagi. Ana pasti sahabat2 yg lain pun tidak sanggup untuk menghabiskan penjelajahan kesemuanya sekali dalam masa yang singkat. Oleh itu, ana biasanya mengambil jalan singkat dengan memperuntukkan paling banyak pergi untuk setiap setahun hanya dua kali. Kali pertama pergi untuk survey harga kitab dan hanya membeli kutaib (kitab2 kecil) sahaja. Untuk kali kedua pula adalah untuk terus pergi memborong semua kitab2 yg sudah dipastikan harga2nya sebelum ini. Untuk itu, ana hanya pergi ke maktabah (kedai buku) yang mempunyai kitab yg dikehendaki itu hanya dua kali sahaja.Kitab2 banyak nak buat apa? Bacalah nak buat apa lagi...huhuhu..pernah habis ke semua kitab tu? Entah2 tak pernah buka langsung pun kitab tu..ataupun pernah buka sekali..masa nak beli hari tu la..kitab banyak kat atas rak tu nak bagi makan anai2 ke? Jaga2 nanti kitab atas rak tepi katil anta tu terbalik jatuh hempap atas anta masa tido..habis la anta..selalunya persoalan2 dan ejekan/perlian macam ini la yg sering bermain dalam fikiran atau bibir2 sahabat2 kita setiap kali melihat bersusun2 kitab atas rak dalam bilik yang baru dibeli di maarod kitab. Apapun yg bermain dalam fikiran dan diperli oleh sahabat2 bergantung kepada diri kita sendiri. Ada yang sekadar membeli tanpa tujuan dan memang hanya untuk memenuhkan rak kitab dalam bilik supaya jadi hiasan dinding daripada dibiarkan dinding dibiarkan kosong atau dihiasi dengan poster yang pelik2. Golongan ini mungkin memakan masa yang agak lama untuk memanfaatkan kitab2 tersebut memandangkan kitab yang dibeli tidak dirancang dengan baik dan tidak bertepatan dengan kehendak semasa dan ia hanya akan digunakan apabila tiba masanya nanti..tapi entah la bila..mungkin setahun atau dua tahun atau bertahun2 lagi baru akan disentuh semula.

Ada sesetengahnya pula yang boleh dianggap betul2 memanfaatkan maarod kitab setiap tahun ialah dengan membeli kitab mengikut kehendak semasa seperti untuk kegunaan rujukan kuliah dan usrah serta pengisian kelas2 talaqi. Pembelian kitab dirancang sebaiknya dan membeli kitab selepas membuat penelitian harga dan jenis kitab sebab kadang2 ada kitab yang lebih mahal harganya dan ada pula yang kitab yang dicetak dengan tulisan yang kurang elok serta tidak memenuhi citarasa pembeli untuk digunakan dalam kehidupan seharian. Kalau nak disebutkan satu persatu cara student kita membeli kitab ni ada bermacam jenis dan gelagat masing2. Namun yang paling penting adalah macamana cara kita memanfaatkan kitab yang sudah dibeli...segalanya bergantung kepada niat atau azam masing2 ketika berakad jual beli di maarod kitab tersebut...Al-umuru bimaqasidiha....

Akhir sekali, anggaplah ini hanya satu nasihat yang mungkin dipandang enteng tapi untuk kebaikan semua terutamanya sekali kepada diri ana yang dhoif ini..jadilah mahasiswa yang betul2 memanfaatkan nikmat maarod kitab yang ada di Bumi Kinanah ini sebaiknya sebelum kitab tersebut menjadi saksi betapa teruknya kita di akhirat kelak..atau kita betul2 dihempap kitab tersebut!!! Nauzubillahi min zalik....

p/s:
-tidak dapat bergambar bersama adik2 seusrah di maarod kutub kali ini untuk dijadikan kenangan kerana bateri kamera tiba2 habis..huhu...
-harap2 lps ni blog ni x bersawang lagi dan sentiasa diupdate untuk manfaat bersama.
-pelik juga ana sbb sejak adik yg di peringkat ijazah imtihan ana pon turut menyepi dr berblog buat sementara waktu sedangkan imtihan Ma. ialah pd bulan Julai..mngkn sudah terbiasa dengan suasana di Mesir ketika musim imtihan kot..pepun harap pd semua dan jgn lupa sentiasa doakan ana ye..wassalam.

TG Nik Aziz tersenarai 50 Top Muslim Berpengaruh Di Dunia

The Royal Islamic Strategic Studies Center untuk pertama kalinya menerbitkan buku “The 500 Most Influential Muslims In The World” tahun 2009.

Para tokoh Muslim dari seluruh dunia yang terpilih masuk dalam daftar itu adalah kalangan Muslim yang dianggap memiliki kemampuan untuk mempengaruhi keadaan kemanusian dan mampu membawa perubahan dalam kehidupan ramai orang.


“500 Muslim Paling Berpengaruh di Dunia” sepanjang tahun 2009 itu, dibahagi dalam 15 katagori, antara lain katagori ulama, politik, cendekiawan, perempuan, pemuda, ilmu dan teknologi, media sampai katagori muslim radikal.

Nama tokoh Islam dari Malaysia yang tersenarai ialah Mursyidul Am PAS, TG Nik Abd Aziz Nik Mat yang menduduki tangga ke 42 dari keseluruhan 500 Muslim Yang Berpengaruh.



Tokoh Muslim dunia lainnya yang masuk dalam daftar 50 tokoh peringkat teratas dimulai dengan, Raja Saudi, Abdullah bin Abdul Aziz Al Saud; pemimpin spritual Iran, Syed Ali Khamenei; PM Turki Recep Tayyib Erdogan; Imam Besar Masjid Al-Azhar dan Pimpinan Universitas Al-Azhar, Kairo, Dr Muhammad Sayyid Tantawi; Syaikh Yusuf Al-Qaradawi; Pimpinan Ikhwanul Muslimin Mesir Syaikh Mohammad Mahdi Akef, Sekjen Hizbullah, Syed Hassan Nasrallah dan Pimpinan Hamas, Khaleed Mishal.

Nama Anwar Ibrahim turut disenaraikan di dalam lis 450 “Honourable Mention” di dalam pencapaian di bidang masing-masing dan diantara tokoh Islam yang signifikan di dalam dunia. Nama Anwar Ibrahim tersenarai di bidang politik berserta dengan nama Tun Dr Mahathir Mohammad tetapi nama Mahathir tidak disenaraikan di dalam “Honorable Mention”.

Dari kalangan cendekiawan, daripada Malaysia yang tersenarai ialah Prof Emeritus Dato Osman Bakar, Timbalan Naib Chancellor, Universiti Malaya dan Professor Undang-undang Universiti Islam Antarabangsa, Prof. Dr. Mohammad Hashim Kamali.



Mohideen Abdul Kadir, Naib Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang di dalam kategori Pembangunan sementara Kumpulan Raihan turut tersenarai di dalam katagori Seni dan Budaya.

Dua orang pemimpin SIS yang kerap menimbulkan kontroversi dan pendokong Islam liberal di kalangan feminis, Sharifah Aljeffri dan Zaynah Anwar juga disenaraikan.

Dalam pengantar buku yang diterbitkan untuk membantu dan membuka wawasan tentang pengaruh umat Islam di dunia saat ini dan beragamnya kelompok-kelompok Islam yang ada di seluruh dunia.

Penyusunan buku ini melibatkan pengamat dunia Islam yang namanya sudah dikenal secara meluas di dunia antarabangsa, Profesor John Esposito dan Profesor Ibrahim Kalin sebagai editor utama.

Sumber : http://feryco.com/

Artikel berkaitan :

http://www.eramuslim.com

http://muslimmedianetwork.com

http://islamtoday.net

Murabbi : Arkitek Generasi Pelapis Murabitun


Alhamdulillah akhirnya ana berjaya mengupdate blog ini setelah hampir sebulan meninggalkannya bersawang tanpa dijamah empunya blog. Seminggu dua ini kelihatan mahasiswa2 Al Azhar sedang sibuk ke kuliah dan kelas tutorial memandangkan fatrah imtihan yg akan tiba tidak lama lagi. Namun bukan bermakna ana tidak seperti mereka berkejar ke kuliah (walaupun imtihan untuk mahasiswa dirasah ulya pada bulan jun tahun depan) , kerana sekarang ini fatrah kami membuat beberapa urusan kuliah untuk sesi pembelajaran kami yg akan bermula tidak lame lagi . Urusan ini termasuklah membuat tahlil dam (check darah) dan kernih. Malahan semenjak dua menjak ini, bermacam2 perkara bermain dalam fikiran ini memikirkan tanggungjawab dan dugaan masa hadapan yang semakin mencabar. Apa pun ana mengharapkan sahabat2 semua sentiasa mendoakan ana agar dieprmudahkan segala urusan dan berjaya dalam imtihan di dunia dan akhirat. Amin...

Kali ini, ana ingin berkongsi dengan para sahabat sekalian satu entri yg dipetik dari blog ust Nasharudin Tantawi yg menarik perhatian ana serta patut dijadikan satu pedoman untuk kita semua...terimalah Murabbi : Arkitek Generasi Pelapis Murabitun

Pendahuluan

Tarbiah dan Murabbi dua perkataan yang tidak boleh dipisahkan sama sekali.

Ø Oleh kerana PAS mengutamakan tarbiah, maka murabbi adalah satu komponen yang terlalu penting dalam PAS.


Ø Pelapis murabitun mesti dibentuk dan disediakan setiap masa bagi memastikan kesinambungan kegemilangan PAS


Ø Oleh itu murabbi yang berkualiti perlu ada dan berfungsi dalam membina pelapis murabitun.


Ø Konsep murabbi telah lama wujud dalam Islam, sejak zaman Rasulullah hingga kini dalam setiap gerakan Islam.


Ø Imam Al-Haddad : “jadilah kamu dengan syaikh murabbi kamu bagai seorang mayat di tangan tukang mandinya, jika diangkat tangan maka terangkatlah tangan, diturunkan maka terturunlah”


1. Sifat Murabbi


· Ibn Mubarak : “Sesungguhnya ilmu ini adalah agama, maka perhatikanlah dari siapa kamu mengambil agamamu” (Peri penting pemilihan murabbi)


· Sifat peribadi seorang murabbi (bertaqwa, wara’, menjaga adab dgn Allah, hati yang bersih, berilmu tinggi, sabar, penyayang, berhemah tinggi, kuat berdakwah, berhikmah dll)


· Murabbi perlulah seorang yang berilmu agama yang mantap agar apa yang ditarbiah sesuai dengan dasar perjuangan Islam sebenar. Oleh itu, para ulama dalam PAS sangat bertanggungjawab sebagai para murabbi.


· Sifat murabbi dalam jamaah (adab berjamaah, hubungan yang baik dengan pimpinan, tsabat, rajin, cekap berorganisasi, sifat2 jundullah dlm surah al-maidah, lengkap rukun bai’ah 10, dll)


· Sifat murabbi dengan generasi pelapis (guru, pendidik, bapa, abang, pemimpin, model contoh, kaunselor)


· Kitab-kitab tarbiah seorang murabbi seperti Tarbiyatuna Arruhiyyah (Sa’id Hawa) mesti dihadamkan


2. Pra-syarat Murabitun


· Bekerja dengan jamaah bukanlah sesuatu yang mudah. Maka persediaan rapi perlu ada. Murabitun adalah tulang belakang jamaah, maka golongan ini terlalu penting.untuk dipersiapkan.


· Bakal murabitun perlu dipersiapkan dengan beberapa sifat iaitu: berilmu, faham tuntutan jamaah, bersih jiwa, cekap berorganisasi, tabah, tsabat, berhemah, berhikmah dll.


· Pra syarat untuk menjadi murabitun begitu tentu sekali adalah ditarbiah dengan teliti dan sentiasa bersedia untuk ditarbiah.


· Para ulama agung silam yang mewaqafkan diri mereka untuk perjuangan Islam semuanya telah ditarbiah secukupnya oleh para murabbi mereka sebelum muncul sebagai sebutir permata perjuangan.


3. Tarbiah rukun asasi


Ø Tarbiah adalah modal utama jamaah Islam. Tanpa tarbiah rosak perjuangan


Ø Tarbiah yang lengkap memerlukan bukan sahaja modul dan silibus, tapi aspek utamanya adalah pentarbiah itu sendiri (murabbi).


Ø Allah memerintahkan agar kita bertanya kepada Ahluzzikr, dan bukan hanya setakat mengkaji, membaca dan berfikir.


Ø Maka jamaah Islam perlu melakarkan pelan membentuk murabbi, menyebarkan mereka, dan menyediakan prasarana diperlukan selengkapnya untuk tugasan tarbiah di mana jua.


Ø Antara yang perlu disediakan untuk murabbi adalah:


Ø Lokasi

Ø Kewangan

Ø Soft skill

Ø Kerjaya

Ø Bahan bantu


4. Murabbi pelakar pelan generasi akan datang


Ø Tanggungjawab murabbi membentuk generasi murabitun akan datang


Ø Sebagai arkitek, murabbi perlu melakar bagaimana membangunkan generasi murabitun yang kukuh, faham dan memainkan peranan dengan baik.


Ø Tanpa murabbi, murabitun yang lahir akan cacat tarbiah, sekaligus mencacatkan pemerkasaan jamaah.


Ø Hasilan tarbiah seorang murabbi yang mantap akan melahirkan murabitun yang kukuh


Ø Kajian mendapati kecelaruan fikrah di kalangan sebahagian anggota PAS adalah kerana kekurangan murabbi yang jitu di sesetengah tempat


Ø Murrabi perlu sentiasa meyematkan di dada kalam Imam Hasan Al-Banna “realiti hari ini adalah impian semalam, dan impian hari ini adalah realiti esok hari”


5. Murabbi penyelia binaan akan datang


o Selain melakar pelan, murabbi juga perlu sentiasa menyelia pembinaan generasi murabitun agar tiada yang futur atau lari dari trek perjuangan.


o Murabbi tidak boleh berlepas tangan dari hasilan air tangan tarbiahnya.


o Murabitun perlu sentiasa berhubungan dengan murabbi agar terus memahami perjuangan dan tsabat di atasnya.


o Penyusunan murabitun yang telah siap ditarbiah di setiap tempat akan memudahkan gerak kerja jamaah.


o Syaikh Sa’id Hawa : 3 sifat faktor kegagalan murabitun : Malas, takut, kedekut. Murabbi perlu memastikan sentiasa 3 sifat ini tiada pada murabitun sentiasa.


6. Penutup - Murabbi cemerlang, murabitun cemerlang


o Keberkesanan tarbiah PAS bergantung pada kecemerlangan murabbinya. Maka penekanan pada para murabbi sangat perlu.


o Murabbi yang cemerlang akan merangka pula pelan, bertindak, dan kemudian menyelia generasi-generasi murabitun.


o Generasi murabitun akan datang juga cemerlang apabila ditarbiah dengan lengkap oleh murabbi yang cemerlang.

Katakanlah inilah jalanku, aku berdakwah kepada Allah atas basirah, jalanku dan jalan sesiapa yang mengikutiku…

 

©2009 ~ibnuahmad addumyati~ | by TNB