Salam ukhuwwah dan salam perjuangan...
Alhamdulillah akhirnya ana diberi peluang oleh Allah untuk menitipkan kalam dalam blog yang tidak seberapa ini yang kalau boleh diambil istifadah untuk kegunaan kita dalam kehidupan seharian. Sebelum itu ana ingin memohon maaf kerana sudah lama tidak ada kesempatan untuk mengupdate blog ini kerana terpaksa menguruskan beberapa hal peribadi termasuklah menjadi adhoc program HPS di KPT dan menguruskan shahadah (sijil) di Dumyat baru-baru ini. Tambahan pula ana dilanda demam dan pening2 beberapa hari sebelum pulang ke Dumyat. Oleh kerana urusan shahadah perlu segera diselesaikan (untuk urusan taqdim Master pula), badan yang terasa amat berat terpaksa diheret juga ke sana. 'Ala kulli hal bersyukur ke hadrat Ilahi kerana semuanya berjalan dengan lancar dan urusan dipermudahkanNya serta demam juga semakin pulih selepas 3 hari di sana. Sebaik sahaja tiba dari bumi Dumyat yang amat sejuk berbanding Kaherah (buktinya ana terus selsema apabila menjejakkan kaki di sana..huhu..maklumlah dah lame tak balik Dumyat..)ana dimaklumkan agar menjalankan usrah tahun satu KPT bermula minggu ini.
Dalam keadaan yang kurang bersedia (kerana baru pualang dari Dumyat) ana terus menjalankan amanah tersebut selepas soalat Isyak Jumaat malam tersebut. Mujurlah sesi pertama usrah biasanya hanya berlegar sekitar taaruf ahli usrah dan beberapa perbincangan berkaitan dengan silibus usrah serta perlantikan ketua usrah sahaja. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan baik memandangkan adik2 tahun satu di KPT tahun ini cukup matang dan sudah biasa dengan usrah di sekolah masing-masing. So, nampak mereka tidak kekok berada bersama-sama dalam liqo' usrah yang dibentuk oleh Biro Dakwah KPT tersebut walaupun ada di antara mereka berlainan sekolah asal dan bidang pengajian. Beberapa nasihat ana cuba selitkan dalam liqo' pertama ini termasuklah kepentingan usrah dalam kehidupan seharian, keperluan untuk bermujahadah dalam menuntut ilmu di kuliah dan kelas-kelas talaqi di samping perlu melaksanakan amal Islami dan amal Jamaie di Mesir ini.
- untuk menghimpunkan ahli-ahli sesuatu jemaah (cthnya KPT sendiri) dalam satu kelompok kecil di bawah satu pimpinan atau naqib bagi memudahkan penyaluran bahan-bahan pengisian dan tarbiyah
- untuk mewujudkan ikatan kekeluargaan Islam di kalangan ahli-ahli sehingga mereka dapat merasakan satu hubungan dan ikatan secara langsung dengan jamaah
- untuk melatih ahli-ahli memahami dan mengenali kaedah bermuamalah dengan pimpinan/nuqaba' dan bentuk-bentuk muamalah yang betul dengan sahabat-sahabat seperjuangan
- untuk mengenal pasti secara detail dan tepat seluruh persekitaran yang mengelilingi ahli-ahli usrah seperti kefahaman, kemampuan, kelemahan, iltizam, masalah keluarga, kebajikan, kecenderungan, pemikiran dan sebagainya.
- untuk menyalurkan taujihat-taujihat dan thaqafah Islamiah secara kemas dan teratur (berdasarkan manhaj) kepada ahli-ahli usrah.
0 comments:
Post a Comment