Alangkah pilunya hati apabila berada di penghujung perjuangan di sebuah dewan perwakilan mahasiswa. Perasaan ini menjadi bercampur baur antara gembira, sedih dan pilu kerana terpaksa meninggalkan medan perjuangan yang sudah hampir 4 tahun dilalui dengan penuh cabaran dan suka duka sebuah perjuangan. Walaupun sudah maklum cabaran dan dugaan dalam perjuangan yang bakal ditempuhi kelak pasti lebih berat berbanding di sini, namun ia tetap merupakan satu perjuangan demi agama Islam tercinta. Semuanya akan menjadi satu kenangan indah yang tidak akan dilupakan sampai ke akhir hayat kerana sesungguhnya perjuangan di dalam 'madrasah exco' ini telah banyak mengajar diri yang kerdil ini erti pengorbanan, kesabaran, ketabahan dan erti sebuah persahabatan. Kenangan bersama sahabat-sahabat seperjuangan ini tidak ternilai rasanya dan sudah tentu mengundang linangan air mata andainya disingkap kembali pelbagai lipatan pahit manis bersama.
BERSAMA SAF KEPIMPINAN DPMD SESI 2006/2007BERSAMA SAF KEPIMPINAN DPMD SESI 2007/2008 BERSAMA SAF KEPIMPINAN DPMD 2008/2009 Tanggal 1 Ogos 2009 menjadi saksi peralihan kepimpinan Dewan Perwakilan Mahasiswa Damietta 2008/2009 kepada saf kepimpinan yang baru bagi sesi 2009/2010 dalam mesyuarat agung tahunan DPMD yang ke-16. Alfun mabruk diucapkan kepada antum yang akan meneruskan mata rantai-mata rantai perjuangan ini kerana kita semua adalah penerus perjuangan bukan pemula atau pengakhir perjuangan di sini. Semoga Allah subhanahu wataala memberi taufiq dah hidayahNya kepada kita semua dalam meneruskan perjuangan menegakkan agama Allah ini. Jangan mudah berputus asa dan tetaplah tabah walau apa jua cabaran dan dugaan yang ditempuhi. Anggaplah 'madrasah exco' ini satu madrasah yang bakal mencorakkan diri kita untuk menghadapi satu perjuangan yang lebih besar dan hebat pada masa akan datang. Rancanglah sebaiknya jadual kehidupan sebagai seorang kepimpinan agar tidak menimbulkan fitnah duniawi pada diri sendiri kelak. Moga-moga kita semua tergolong di kalangan hambaNya yang berjaya dalam imtihan dunia dan akhirat. Yakinlah kita bahawa Allah subhanahu wataala akan membantu hamba-hambaNya yang ikhlas membantu agamaNya. Firman Allah dalam surah Muhammad ayat ke-7
يأيها الذين أمنوا ان تنصروا الله ينصركم ويثبت أقدامكمBERSAMA AJK PELAKSANA MAT KE-16 SAAT-SAAT AKHIR DALAM KEPIMPINAN DPMDSAF KEPIMPINAN BARU BAGI SESI 2009/2010 YANG AKAN DIKETUAI OLEH SAUDARA MOHD SHAIFUL KHAN BIN AHMADAkhir sekali ana ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua ahli DPMD khususnya kepada sahabat-sahabat kepimpinan sendiri, sahabat-sahabat sebatch dan ahli bait yang banyak memberi dorongan dan semangat sepanjang ana di sini. Tanpa kalian di sisi, siapalah ana dan rasanya tidak mampu untuk ana meneruskan perjuangan dan taklifan yang amat berat dan tak terpikul selama ini. Firman Allah dalam surah al Hasyr ayat ke-21
لو أنزلنا هذا القران على جبل لرأيته خاشعا متصدعا من خشية الله
Begitulah perumpamaan yang ditunjukkan oleh Allah subhanahu wataala di dalam al-quran bahawa taklifan untuk membawa agama Allah ini adalah sesuatu yang amat berat dan besar sehinggakan gunung ganang yang nampak gah dan jitu berpaksikan Bumi pun tidak sanggup untuk menanggung semua itu. Oleh itu insan yang kerdil dan serba dhoif ini menadah tangan memohon keampunanMu ya Allah atas kekurangan, kelemahan dan kekhalalan yang ada sepanjang ditaklifkan dengan pelbagai taklifan di sini. Jutaan kemaafan juga dipohon dari seluruh ahli DPMD atas kesalahan dan kesilapan yang dilakukan selama ini. Doa kalian amat dipohon mengiringi diri ini agar thabat dalam perjuangan ini dan menjadi ulama' amilin suatu masa nanti bagi membawa masyarakat di tanahair ke jalan kebenaran menegakkan kalimah Lailahaillallah Muhammadurrasulullah....amin.....
PASTI GAMBAR-GAMBAR INI AKAN MENJADI ANTARA KENANGAN MANIS BERSAMA KELAK
Posted by
~ibnuahmad~
1 comments:
post yang menarik...amat berharga kerana kenangan xdapat dibeli walau dengan segunung permata... peliharalah ia agar sentiasa segar di ingatan...SELAMAT BERJUANG di bumi MALAYSIA pula...namun jangan lupakan kami di sini...
ikhlas dari...
your junior09
Post a Comment