KAHERAH – Syeikh Al-Azhar, Mohammed Sayyed Tantawi berhasrat untuk mengharamkan pelajar perempuan berpurdah daripada memasuki Universiti Al-Azhar, lapor akhbar Al-Masry Al-You kelmarin.
Seorang pegawai keselamatan memberitahu, polis juga menerima arahan lisan untuk menghalang pelajar perempuan yang berselubung penuh memasuki Universiti Al-Azhar.
Satu sumber yang enggan dikenali berkata, pengharaman itu adalah untuk tujuan keselamatan dan usaha pencegahan pemerintah terhadap fahaman konservatif melampau di Mesir.
Ini adalah satu petikan berita dari akhbar harian KOSMO! bertarikh 7 Oktober 2009 yang cukup mengejutkan ana. Bermacam-macam perkara bermain di fikiran ana sebaik sahaja membaca petikan akhbar tersebut. Sama ada benar atau tidak pengharaman oleh sheikhul Al Azhar yang sering mengeluarkan kenyataan berbaur kontroversi tersebut ia pasti akan menimbulkan pelbagai spekulasi terhadap Al-Azhar dan para ulama'nya. Alasan yang diberikan ke atas larangan tersebut langsung tidak munasabah dan tidak relevan sama sekali di zaman kebangkitan Islam kini lebih-lebih lagi ia adalah satu kenyataan yang dikeluarkan oleh syeikul Al Azhar sendiri. Adakah kerana tujuan keselamatan semata-mata menyebabkan para sahabiah kita dilarang berpurdah mengikut sunnah para ummahatul mukminin? Ada ke para sahabiah kita sebelum ini mengancam keselamatan di kuliah sedangkan mereka berpurdah? Patutkah mereka yang dituduh berpurdah ini dituduh menganut fahaman konservatif melampau sedangkan mereka yang mendedahkan aurat tidak pula dituduh macam-macam. Dunia semakin pelik. Yang berpurdah dianggap mengancam keselamatan dan melampau dan yang mendedahkan aurat diagung-agungkan dan dibiarkan begitu sahaja.
Apa yang diharapkan kenyataan tersebut tidak benar dan seandainya benar sekalipun diharapkan mereka yang terlibat dapat memikirkan semula keburukan pengharaman tersebut. Sesungguhnya Al Azhar sejak dari penubuhannya sering menjadi tumpuan musuh-musuh Islam laknatullah dengan menggunakan para ulama' yang mengitkut telunjuk mereka untuk melemahkan sistemnya dan mengurangkan kualiti para azhari dari sudut ilmu dan pengamalannya. Ana teringat pernah satu peristiwa yang menunjukkan usaha jahat mereka ini untuk menghapuskan peranan Azhari ialah dengan cuba untuk menghapuskan BAB JIHAD di dalam kitab-kitab Fekah yang diajar di Universiti tertua ini. Alasan mereka ialah untuk menghalang dari para Azhari menjadi 'pengganas' kelak amat dangkal sekali. Namun, usaha tersebut ditentang keras oleh sebahagian besar ulama' Al Azhar yang sudah masak dengan agenda-agenda puak Yahudi dan Nasara kerana mereka tidak akan senang dengan kaum Muslimin sehinggalah kaum Muslimin mengikut kehendak mereka.
قال تعالى : ولن ترضى عنك اليهود ولا النصرى حتى تتبع ملتهم
صدق الله العظيم
صدق الله العظيم
p/s : ini adalah hanya pandangan dan pendapat ana yang serba dhaif dan banyak kekurangan serta ingin agar para pembaca berfikir dan membuka minda berkenaan isu yang berlaku di sekeliling kita terutamanya yang berkaitan dengan masa depan agama Islam dan para penganutnya. Seandainya para pembaca ada pandangan dan pendapat sendiri bolehlah berkomentar dan memberi pandangan anda secara ilmiah dan secara berhikmah. wassalam...
0 comments:
Post a Comment