Kehebatan ilmu Imam Shafie : Dialog bersama Harun al-Rashid.

Al-Hafiz al-Baihaqi meriwayatkan Imam Shafie pernah suatu hari menghadiri majlis yang diadakan oleh Khalifah Harun al-Rashid. Muhammad bin al-Hasan turut hadir. Khalifah berpaling kepada Imam Shafie, lalu bertanya: ‘Wahai Ibn Idris! Bagaimana penguasaanmu terhadap Kitab Allah azza wa Jalla?"
Jawab Imam Shafie: ‘Kitab Allah Azza wa Jalla yang mana satu engkau tanya? kerana Allah Subhanahu wa Taala menurunkan beberapa buah kitab; 58 buah kitab ke atas 7 para Nabi as.
Allah turunkan ke atas Adam, Shith as 30 sahifah. Semuanya perumpamaan.
Allah turunkan ke atas Akhnukh (Nabi Idris) as 16 sahifah. Semuanya hikmah dan ilmu mengenai alam tinggi (al-Malakut al-A’la).
Allah turunkan ke atas Ibrahim as 8 suhuf. Di dalamnya kefardhuan dan Nazar.
Allah turunkan ke atas Musa as Taurat. Kebanyakannya amaran dan nasihat.
Allah turunkan ke atas Isa as Injil, untuk menerangkan kepada Bani Israel perkara yang mereka perselisihkan dalam Taurat.
Allah turunkan ke atas Daud as kitab (iaitu Zabur). Semuanya doa dan nasihat.
Allah turunkan ke atas SayyidilBashar (ketua segala manusia) Muhammad saw al-Furqan. Ia menghimpunkan segala kitab terdahulu.
Allah Taala berfirman, maksudnya:
“ Dan (ingatkanlah tentang) hari Kami bangkitkan dalam kalangan tiap-tiap umat, seorang saksi terhadap mereka, dari golongan mereka sendiri; dan Kami datangkanmu (wahai Muhammad) untuk menjadi saksi terhadap mereka ini (umatmu); dan Kami turunkan kepadamu al-Quran menjelaskan tiap-tiap sesuatu dan menjadi hidayah petunjuk, serta membawa rahmat dan berita yang menggembirakan, bagi orang-orang Islam” An-Nahl: 89
Dan firmanNya bermaksud:
“Alif, Lam, Raa. Al-Quran sebuah kitab yang tersusun ayat-ayatnya dengan tetap teguh, kemudian dijelaskan pula kandungannya satu persatu. (Susunan dan penjelasan itu) adalah dari sisi Allah Yang Maha Bijkasana, lagi Maha Mendalam pengetahuanNya.” Hud:1


penulis ketika menziarahi maqam imam syafie suatu ketika dahulu

Khalifah Harun al-Rashid berkata: ‘Engkau telah menjawab dengan baik melalui huraianmu. Tetapi maksudku ialah al-Quran yang diturunkan ke atas SayyidilMursalin Muhammad saw yang diperintah Allah supaya kita menerimanya, dan memerintahkan kita supaya beramal dengan ayat muhkamnya dan beriman dengan ayat mutasyabihnya.’
Imam Shafie menjawab: ‘Ayat yang mana satu engkau tanya? Tentang muhkamnya, mutasyabih, nasikh atau mansukhnya? Kerana terdapat ayat itu hukumnya thabit sedangkan bacaannya diangkat; di antaranya bacaannya thabit dan hukumnya terangkat, atau engkau tanyakan aku tentang perbandingan dan perumpamaan yang Allah buat, atau beberapa kisah umat terdahulu.’ Imam Shafie terus menjawab dengan menyebut 73 bentuk…
Harun al-Rashid berkata: ‘Hei Shafie! Adakah ilmumu meliputi semua ini?’
Imam Shafie menjawab: ‘Wahai AmirulMukminin! Ujian terhadap orang yang bercakap ialah seperti api yang membakar perak. Ia akan menzahirkan yang mana baik, yang mana buruk.’
Harun al-Rashid berkata: ‘Aku tidak pandai mengulangi apa yang engkau sebutkan, tetapi aku akan bertanya tentangnya di majlis yang lain. Bagaimana pula penguasaanmu terhadap Sunnah Rasulullah saw?’
Imam Shafie berkata: ‘Aku mengetahui dari Sunnah itu apa yang keluar dalam bentuk wajib, tidak boleh meninggalkannya sebagaimana tidak boleh meninggalkan apa yang diwajibkan Allah dalam al-Quran, apa yang keluar dalam bentuk ta’dib, apa yang keluar dalam bentuk nadb (sunat), apa yang keluar dalam bentuk khas..yang tidak dimasuki oleh am, apa yang keluar dalam bentuk umum..yang termasuk di dalamnya khusus, apa yang keluar sebagai jawapan dari orang yang bertanya..tidak boleh selainnya untuk menggunakannya, apa yang keluar buat pertama kalinya…kerana banyaknya ilmu di dalam dada Nabi saw, apa yang dibuat khusus untuk dirinya dan menjadi ikutan orang tertentu dan awam, dan apa yang khusus untuk dirinya..lalu tidak dikongsi perkara itu dengan orang lain.’
Harun al-Rashid berkata: ‘Barakallahu fik (Moga Allah memberkatimu) wahai Shafie! Engkau telah menjawab dengan baik. Bagaimana pula penguasanmu terhadap Bahasa Arab?’
Imam Shafie menjawab: ‘Bahasa Arab itulah medan kami. Tabiat kami telah terbiasa dengannya. Lidah kami menuturinya. Bahasa Arab itu telah menjadi seperti kehidupan kami, ia tidak sempurna melainkan dengan keselamatan bahasa Arab. Aku dilahirkan tanpa mengenal lahn/kesilapan dalam bahasa Arab.’
Harun al-Rashd berkata: ‘Mudah-mudahan Allah membanyakkan di kalangan keluargaku orang sepertimu.’
Khalifah memerintahkan supaya diberikan 1000 dinar kepada Imam Shafie. Imam Shafie menerimanya. Khalifah ketawa, sambil berkata: ‘Alangkah bijaknya engkau, alangkah mendalamnya ilmu engkau. Mudah-mudahan Allah membinasakan musuhmu…’
Khalifah memerintahkan khadamnya mengikut Imam Shafie supaya melihat apa yang dibuat oleh Imam Shafie terhadap wang tersebut. Imam Shafie membahagi-bahagikan wang tersebut sebekas sebekas hingga ia sampai ke satu pintu. Tidak ada bersamanya melainkan satu bekas wang lalu diberikannya kepada khadam Khalifah itu.
Khadam tersebut memberitahu perkara tersebut kepada Khalifah Harun al-Rashid. Al-Rashid berkata: ‘dengan inilah hemmahnya hilang dan kuatlah ujiannya (faragha hammuhu wa qawiat minnatuhu)


kenangan bersama sahabat-sahabat dari Terengganu ketika ziarah maqam aulia' sekitar Kaherah

Komentar saya:
1. Imam Shafie sememangnya seorang tokoh ternama dalam sejarah Islam. Sebagai beradab, jangan perlekehkan ketokohannya.
2. Seseorang tinggi di sisi Allah kerana ilmunya, bukan kerana pangkat dan jawatannya.
3. Penguasaan terhadap al-Quran dan Hadis adalah asas ilmu sebenar. Kalau kail hanya sejengkal di dalam bidang al-Quran atau Hadis, tolong jangan mendabik dada ( atau perasan) sebagai pakar atau hebat.
4. Perkataan yang keluar dari mulut menjadi indikator kepada kredibiliti ilmu dan peribadi seseorang.
5. Ketinggian ilmu si ulama yang benar tidak menjadikan ia buta hati terhadap ganjaran harta yang diberi.
6. Pemerintah yang adil termasuk pemerintah yang meletakkan ulama pada tempatnya yang sebenar dan bersedia menerima pandangan ulama.
7. Kebijaksanaan berucap ialah untuk menegakkan kebenaran, bukannya menunjukkan keegoan.

19 Hadith Mengenai Wanita


19 Hadith Mengenai Wanita

1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah akan hal tersebut, jawab baginda, "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".

2. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

3. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.

4. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

5. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah.

7. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah dan orang yang takutkan Allah, akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

8. Barangsiapa membawa hadiah, (barang makanan dari pasar ke rumah) lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

9. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).

10. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.

11. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.

12. Aisyah berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab Rasulullah, "Suaminya. "Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah, "Ibunya".

13. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

14. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung diudara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya.

15. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

16. Syurga itu di bawah tapak kaki ibu.

17. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Nabi s.a.w) di dalam syurga.

18. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya syurga.

19. Daripada Aisyah r.a. Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.

Jadi, janganlah sesekali anda merasa lemah. Wanitalah sebenarnya yang membuat seseorang lelaki itu kuat. Itulah salah satu sebab mengapa Nabi meletakkan wanita setaraf pada lelaki dan tidak lebih rendah. Buat renungan kita semua.
Wallahu'alam.

KENYATAAN RASMI YANG DI-PERTUA TERHADAP PERISTIWA SAMBUTAN MAHASISWA BARU


Salam hormat daripada kami Keluarga Penuntut-Penuntut Terengganu kepada seluruh mahasiswa dan mahasiswi yang berada di Mesir yang sentiasa peka terhadap apa yang berlaku ke atas kami sebagai Anak-Anak Terengganu yang dinafikan hak untuk menyambut mahasiswa-mahasiswa baru yang tiba ke mesir beberapa hari lepas.

Sebagai sebuah badan kebajikan anak-anak negeri (BKAN), maka semestinya badan ini bertanggungjawab penuh ke atas kebajikan sesiapa sahaja dari kalangan Anak-Anak Terengganu yang berada di mesir ini untuk mendapatkan pertolongan dan kebajikan daripada kami.

Malangnya apa yang berlaku disebaliknya iaitu dinafikan hak oleh pihak yang berkenaan untuk menguruskan kedatangan mahasiswa-mahasiswa baru di bawah Yayasan Terengganu sepertimana kebiasaan yang berlaku zaman berzaman.



Kronologi-kronologi yang berlaku bolehlah tuan-tuan merujuk blog-blog yang disiarkan oleh ahli-ahli KPT untuk pengetahuan umum. Cuma di sini saya ingin menyatakan kekesalan dan dukacita terhadap apa yang berlaku daripada peristiwa-peristiwa berikut :

1. Amaran pihak berkenaan kepada salah seorang exco supaya tidak pergi menghadirkan diri ke lapangan terbang untuk menyambut mahasiswa baru.

2. AJK sambutan telah dilantik oleh pihak berkenaan daripada kalangan BUKAN anak-anak Terengganu (daripada kumpulan ISMA dan lain-lain).

3. Pengabaian kebajikan mahasiswa yang baru tiba :

- Terus dibawa jaulah ke sekitar kaherah dan ke Sinai (yang sepatutnya diberi masa rehat terdahulu kepada mereka untuk menyesuaikan diri dengan cuaca, keadaan dan sebagainya.
- Pengabaian terhadap makan dan minum sehingga ada yang mengadu lapar kepada kami.
- Tiada khidmat musyrif sepenuh masa sebagaimana yang disediakan oleh kami zaman berzaman yang menyebabkan keselamatan tidak terjamin.

4. Maklumat yang tidak tepat disampaikan kepada mahasiswa baru mengenai penempatan bahawa tiada kekosongan bilik di Asrama Terengganu kerana mahasiswa-mahasiswa lama tidak mahu mengikut arahan yang telah dikeluarkan. Maka disini saya nyatakan bahawasanya kami telah menyediakan bilik-bilik untuk penginapan kepada semua yang baru tiba termasuk juga kepada rombongan yang kedua tiba bukan sepertimana maklumat yang diberikan.

5. Pengabaian terhadap waktu-waktu solat menyebabkan sebahagian mahasiswa baru terpaksa menqadakan solat.

6. Menyembunyikan tarikh ketibaan mahasiswa-mahiswa baru daripada KPT dan menyembunyikan program-program mereka daripada pengetahuan KPT, akan tetapi yang peliknya kenapa ia dipelopori oleh kumpulan-kumpulan ISMA dan orang perseorangan yang dipilih oleh pegawai dan bukan dari persatuan anak Terengganu sendiri?

Maka dengan berlakunya peristiwa-peristiwa seperti ini , Keluarga Penuntut-Penuntut Terengganu ingin menyatakan kekesalan dan amat dukacita terhadap kejadian ini yang sepatutnya ia tidak berlaku sekiranya tiada campur tangan dari pihak luar akan tetapi kerana campur tangan inilah berlakunya keadaan yang tidak stabil.

Maka di sini kami ingin menyatakan mesej dan memberi teguran dan peringatan kepada pihak-pihak yang berkenaan supaya tidak lagi mengulangi perkara ini untuk tahun-tahun akan datang dan ianya mesti bertindak dengan kebijaksanaan dan perlu melihat keadaan semasa bukan semata-mata mengikut kepentingan seseorang atau sesuatu pihak yang menyebabkan ia memburukkan suasana dan juga memburukkan diri kita sendiri.

Kepada ahli-ahli KPT khasnya yang bertungkus-lumus untuk menjayakan sambutan ini, saya mengucapkan jutaan terima kasih dan setinggi penghargaan atas komitmen yang begitu tinggi yang telah ditunjukkan oleh ahli. Dan untuk umumnya saya mengharapkan sokongan penuh daripada ahli-ahli kepada KPT terhadap kenyataan ini dan juga sokongan penuh terhadap agenda-agenda dan aktiviti-aktiviti yang akan dibawa pada masa akan datang.

Sekian sahaja, wassalam.

MOHD SHAFIZI BIN ISMAIL
Yang Di-Pertua
Keluarga Penuntut-penuntut Terengganu 08/09

Universiti Al-Azhar Larang Berpurdah??!


KAHERAH – Syeikh Al-Azhar, Mohammed Sayyed Tantawi berhasrat untuk mengharamkan pelajar perempuan berpurdah daripada memasuki Universiti Al-Azhar, lapor akhbar Al-Masry Al-You kelmarin.

Seorang pegawai keselamatan memberitahu, polis juga menerima arahan lisan untuk menghalang pelajar perempuan yang berselubung penuh memasuki Universiti Al-Azhar.

Satu sumber yang enggan dikenali berkata, pengharaman itu adalah untuk tujuan keselamatan dan usaha pencegahan pemerintah terhadap fahaman konservatif melampau di Mesir.

Secara umum, wanita memakai tudung di Mesir namun sejumlah lagi memakai purdah yang merupakan amalan biasa di Arab Saudi.


Ini adalah satu petikan berita dari akhbar harian KOSMO! bertarikh 7 Oktober 2009 yang cukup mengejutkan ana. Bermacam-macam perkara bermain di fikiran ana sebaik sahaja membaca petikan akhbar tersebut. Sama ada benar atau tidak pengharaman oleh sheikhul Al Azhar yang sering mengeluarkan kenyataan berbaur kontroversi tersebut ia pasti akan menimbulkan pelbagai spekulasi terhadap Al-Azhar dan para ulama'nya. Alasan yang diberikan ke atas larangan tersebut langsung tidak munasabah dan tidak relevan sama sekali di zaman kebangkitan Islam kini lebih-lebih lagi ia adalah satu kenyataan yang dikeluarkan oleh syeikul Al Azhar sendiri. Adakah kerana tujuan keselamatan semata-mata menyebabkan para sahabiah kita dilarang berpurdah mengikut sunnah para ummahatul mukminin? Ada ke para sahabiah kita sebelum ini mengancam keselamatan di kuliah sedangkan mereka berpurdah? Patutkah mereka yang dituduh berpurdah ini dituduh menganut fahaman konservatif melampau sedangkan mereka yang mendedahkan aurat tidak pula dituduh macam-macam. Dunia semakin pelik. Yang berpurdah dianggap mengancam keselamatan dan melampau dan yang mendedahkan aurat diagung-agungkan dan dibiarkan begitu sahaja.

Apa yang diharapkan kenyataan tersebut tidak benar dan seandainya benar sekalipun diharapkan mereka yang terlibat dapat memikirkan semula keburukan pengharaman tersebut. Sesungguhnya Al Azhar sejak dari penubuhannya sering menjadi tumpuan musuh-musuh Islam laknatullah dengan menggunakan para ulama' yang mengitkut telunjuk mereka untuk melemahkan sistemnya dan mengurangkan kualiti para azhari dari sudut ilmu dan pengamalannya. Ana teringat pernah satu peristiwa yang menunjukkan usaha jahat mereka ini untuk menghapuskan peranan Azhari ialah dengan cuba untuk menghapuskan BAB JIHAD di dalam kitab-kitab Fekah yang diajar di Universiti tertua ini. Alasan mereka ialah untuk menghalang dari para Azhari menjadi 'pengganas' kelak amat dangkal sekali. Namun, usaha tersebut ditentang keras oleh sebahagian besar ulama' Al Azhar yang sudah masak dengan agenda-agenda puak Yahudi dan Nasara kerana mereka tidak akan senang dengan kaum Muslimin sehinggalah kaum Muslimin mengikut kehendak mereka.

قال تعالى : ولن ترضى عنك اليهود ولا النصرى حتى تتبع ملتهم
صدق الله العظيم


p/s : ini adalah hanya pandangan dan pendapat ana yang serba dhaif dan banyak kekurangan serta ingin agar para pembaca berfikir dan membuka minda berkenaan isu yang berlaku di sekeliling kita terutamanya yang berkaitan dengan masa depan agama Islam dan para penganutnya. Seandainya para pembaca ada pandangan dan pendapat sendiri bolehlah berkomentar dan memberi pandangan anda secara ilmiah dan secara berhikmah. wassalam...

SAKIT JIWA : ADAKAH ANDA SALAH SEORANG DARINYA??!


Penyakit-penyakit yang Ada Dalam Jiwa Manusia Dan Cara Mengubatinya Mengikut Cara Rasulullah

Penyakit yang biasa terdapat dalam jiwa manusia adalah seperti berikut :

1. Mensyirikkan Allah Subhanahu Wataala

2. Melakukan amalan yang berdosa kepada Allah Taala

3. Lalai terhadap tugas yang dipertanggungjawabkan Allah kepada hamba yang Muslim

4. Menghina dan memandang kecil kepada orang yang dikasihi dan disokong Allah

5. Meninggalkan keputusan Allah Taala dalam kehidupan , sebaliknya mengambil keputusan yang lain

Dalam realiti kini, segala ketentuan dan ketetapan Allah dipandang tidak baik dan tidak diredhai oleh manusia . Manusia tidak memberi harga dan nilai kepada kehendak Allah . Manusia memandang sepi terhadap ketetapan Allah

Mungkin terdapat segelintir manusia daripada umat ini yang memandang berat, mulia, tinggi dan agung dengan keputusan Allah. Tetapi umumnya apabila dikemukakan keputusan Allah maka dirasakan menjatuhkan maruah seterusnya bersikap tidak mempedulikan dan tidak mengendahkan keputusan tersebut. Inilah penyakit jiwa.

6. Tidak merujuk kepada Allah, sebaliknya mengambil rujukan yang lain dalam permasalahan hidup meliputi bidang ilmu pengetahuan, sistem , peraturan dan sebagainya.

7. Tidak bergantung harap kepada Allah, sebaliknya bergantung harap kepada ilah selain Allah Taala

Apabila manusia tidak merujuk kepada Allah, maka sudah tentu tiada lagi pergantungan kepada Allah . Hakikat ini dinilai berasaskan praktik hidup manusia hari ini, meskipun dari segi dakwaan sememangnya mereka mengakui merujuk dan bergantung Allah. Inilah yang sedang nyata berlaku.

8. Mencurigai, syak dan sangsi kepada janji-janji dan ingatan-ingatan Allah

Allah memberitahu orang-orang beriman, bertaqwa dan beramal soleh akan dijanjikan syurga. Allah juga memberitahu orang-orang yang menentangNya akan janji azab neraka. Namun dalam pelaksanaan hidup manusia kini, ramai merasa syak dan sangsi terhadap janji-janji Allah. Jika manusia yakin akan janji-janji itu , sudah tentu realiti manusia berbeza daripada apa yang ada sekarang. Kini secara meluas manusia berasa curiga dan syak dengan janji-janji dan ingatan-ingatan Allah

Itulah perkara-perkara atau sebab-sebab yang membawa penyakit kepada jiwa manusia.

Ubat yang Mujarab

Tidak ada ubat bagi mengubati penyakit-penyakit itu melainkan ubat yang ditunjukkan oleh Rasulullah. Janganlah berusaha mencari ubat-ubat yang lain. Tidak akan sembuh penyakit-penyakit itu melainkan dengan ubat yang telah digunakan oleh Baginda Sallallahu Alaihi Wassalam

Untuk mengubati sesuatu penyakit, perlu terlebih dahulu kita melihat jenis penyakit tersebut. Ubat yang mujarab ialah apa yang berlawanan dengan penyakit yang menyerang manusia.

1. Jika penyakit itu ialah mensyirikkan Allah, maka ubatnya ialah mentauhidkan Allah.

2. Jika penyakit itu ialah melakukan amalan berdosa, ubatnya ialah meninggalkan amalan itu dan bertaubat kepada Allah.

3. Jika penyakit itu ialah lalai dengan tanggungjawab yang diberikan Allah, ubatnya ialah menyedari akan tanggungjawab tersebut.

4. Jika penyakit itu ialah membenci dan memandang kecil terhadap perkara yang disukai Allah, ubatnya ialah perlu mengambil berat, suka , redha dan cinta terhadapnya.

5. Jika penyakit itu ialah merujuk kepada selain daripada Allah, ubatnya ialah kembali merujuk kepada Allah dalam semua hal kehidupan.

Manusia perlu faham dan sedar bahawa setiap detik kehidupan tidak boleh terlepas daripada keputusan Allah. Segala-galanya perlu dirujuk dan dikembalikan kepadaNya. Taubat akan menutup segala pintu kejahatan dan membuka pintu kebahagian serta kebaikan. Ini boleh dilakukan dengan cara beristighfar kepada Allah dan mentauhidkanNya. Sesiapa yang ingin menyihatkan jiwa dan hati maka hendaklah dia meninggalkan segala dosa.

Abdullah bin Mubarak berkata :

"Saya dapati dosa itu mematikan jiwa manakala melakukan dosa hingga sampai ke peringkat ketagih akan mewarisi kehinaan. Meninggalkan dosa bermakna menghidupkan hati. Oleh itu adalah baik bagi kamu agar menderhakai dosa".

Realiti Kini

Beralih kepada realiti hari ini, manusia secara umumnya mendurhakai syara'. Dosa bukan sahaja menjadi sahabat malah membuat dosa menjadi sumber mata pencarian. Dosa menjadi suatu kelazatan.

Hawa nafsu menjadi ganas. Jiwa manusia lebih cenderung kepada kejahilan dan kezaliman. Sifat fujur mengatasi sifat taqwa. Jiwa semakin sukar untuk menerima nasihat atau ubat. Jiwa masyarakat berasa cukup gelisah apabila mendengar berkaitan perkara syara' lalu dipandang sepi, hina dan serong. Lebih tenat lagi apabila jiwa menolak ubat dan sukakan penyakit.

Penyakit mencerca Allah berlaku dalam masyarakat. Cercaan ini berlaku dalam pelbagai bentuk sama ada secara tersirat dan tersurat. Contohnya, Allah menurunkan hujan. Terdapat manusia mencerca Allah dengan cara berusaha mengahalang hujan dengan alasan atau dengan tujuan menjayakan malam amal atau majlis-majlis tertentu. Walaupun Allah mengizinkan hujan berhenti tetapi itu adalah al Istidraj.

6. Jika penyakit itu ialah memandang kecil dan hina terhadap nilai-nilai Allah, ubatnya ialah kembali menilai dengan tinggi, agung dan baik akan nilai-nilai Allah. Manusia harus diberi kefahaman sebenar terhadap nilai-nilai Allah dan ditarbiyah. Dengan cara ini barulah penyakit tersebut dapat sembuh.

Keseluruhan cara pengubatan di atas dipanggil cara pengubatan Rasulullah terhadap penyakit-penyakit jiwa. Sesungguhnya kalau kita betul-betul melihat dan meneliti manusia di sekeliling kita sekarang begitu ramai sekali mereka yang sedang menghidap sakit jiwa!!! Atau mungkinkah kita juga turut sama menghidap penyakit ini??!


Isu Mahasiswa Baru 'diculik'....

Seminggu dua ini heboh dan gempar berkenaan dengan isu mahasiswa baru khususnya dari negeri Terengganu yang 'diculik' oleh makhluk yang tidak bertanggungjawab sebaik sahaja mereka tiba di Bumi Kinanah ini. Ana yang juga merupakan salah seorang mahasiswa anak Terengganu yang mula menetap di Kaherah ini tidak terlepas dari menjawab dan menceritakan semula kepada sahabat-sahabat dari negeri-negeri lain yang ingin mengetahui nasib adik-adik kita yang masih berada dalam tawanan mereka. Namun ana ingin memohon ribuan kemaafan kerana tidak mampu menceritakan sepenuhnya berkenaan isu tersebut atas sebab yang tertentu. Tambahan pula ana sendiri tidak terlibat secara langsung dengan sambutan mahasiswa baru tersebut dan kebetulan berada di Dumyat ketika ketibaan mereka di sini. Oleh itu ana sertakan di sini dua sumber yang boleh sahabat-sahabat ikuti untuk mengetahui lebih lanjut berkaitan isu Mahasiswa Baru Terengganu dilarikan Makhluk Tidak Bertanggungjawab itu :

1. http://syeikhubaidillah.blogspot.com/

2. http://kembaramursyid.blogspot.com/

Salam Lebaran...


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Muhadharah Bersama Profesor Dr. Rif'at Fauzi Abdul Muthallib


Iklan Muhadharah Bersama Profesor DR. Rif'at Fauzi Abdul Muthallib
(Pensyarah Kuliah Syariah, Darul Ulum, Universiti Kaherah)

Majlis Pembacaan Kutub Siitah...Siri Pertama- Sahih Bukhari


Pengenalan Program

Mafhum hadith : Daripada Rasulullah SAW telah bersabda : Aku tinggalkan kepada kamu

semua, dua perkara.Apabila kamu berpegang dengan keduanya,kamu tidak akan sesat selamanya,yakni kitab Allah dan sunnah Rasulullah.

Alhamdulillah,segala rasa syukur selayaknya dipanjatkan ke hadrat Allah SWT,selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW dan ahli keluarga baginda,para sahabat dan tabi’in,tabi’ tabi’in,para alim ulama’ dan para pejuang Allah sekalian.

Hadith adalah sumber rujukan kedua bagi umat Islam selepas Al-Quran diturunkan. Sunan Sittah adalah himpunan hadith-hadith Rasulullah SAW daripada enam perawi terbesar pada zaman keemasan ilmu hadith dan pembukuan hadith pada zaman tersebut. Sunan ini juga menjadi tunjang dalam ilmu hadith sebagai panduan dalam memandu kehidupan manusia ke arah mengikuti sunnah-sunnah Nabi Muhammad SAW.

Oleh kerana itu,pihak PMRAM telah mengambil inisiatif untuk menjadikan program ini sebagai thaqafah tambahan kepada ahli-ahli PMRAM dan bukan ahli PMRAM umumnya. Mudah-mudahan,ianya memberi maanfaat kepada semua serta dapat mengamalkan ilmu-ilmu dengan sebaiknya.

Dengan ini,pihak PMRAM berharap program pembacaan sunan sittah ini dapat mencapai matlamatnya .Semoga usaha yang dijalankan ini mendapat keredhaan Allah SWT dan mendapat sokongan semua pihak yang terlibat untuk sama-sama menjayakan program ini.

Pengenalan Imam Bukhari

Muhammad Ibn Ismail Ibn Ibrahim Ibn al-Mughirah Ibn Bardizbah al-Bukhari (محمد بن اسماعيل بن ابراهيم بن المغيرة بن بردزبه البخاري), pengarang kumpulan tradisi yang dikumpulkan dalam Sahih Bukhari, yang dianggap orang Islam Sunni sebagai Hadith sahih daripada Nabi Muhammad s.a.w.. Imam Bukhari (810 – 870) dilahirkan di Bokhara (Bukharä) (kini di Uzbekistan), pada keluarga Iran, pada 194 H (810 M).

Latar Belakang

Imam al-Bukhari dilahirkan pada 13 Syawal 194 Hijrah di bandar Bokhara, di bahagian timur negeri Turkestan. Bapanya meninggal dunia semasa ia masih kanak-kanak, dan ibunya membesarkan beliau bersendirian. Ibunya memelihara dan mendidiknya dengan penuh ihsan serta berkorban apa sahaja untuk memberikan pendidikan yang terbaik kepada beliau.

Semasa kecil lagi, nilai intelek Imam Bukhari telah teserlah. Beliau amat warak dan mempunyai daya ingatan yang luar biasa serta mempunyai kesungguhan dalam pelajarannya. Diriwayatkan bahawa ketika di dalam belasan tahun, beliau sudah menghafal 70,000 hadis Rasulullah s.a.w.

Ketika berumur 16 tahun, Imam Bukhari pergi ke Makkah bersama ibunya untuk menunaikan Haji. Imam Bukhari terlalu seronok berada di Makkah sehinggakan dia memanjangkan tempoh lawatan di Makkah untuk membolehkan beliau berguru dengan cendekiawan di Makkah. Pada umur 18 tahun, Imam Bukhari menerbitkan bukunya yang pertama mengenai sahabat-sahabat Rasulullah s.a.w., dan selepas itu buku sejarah bertajuk "Al-Tarikh-al-Kabir".

Imam Bukhari amat meminati sejarah dan hadis-hadis Rasulullah s.a.w. dan menumpukan banyak tenaga bertemu dan belajar dengan cendekiawan yang terulung untuk mempelajari dan membahaskan hadis Rasulullah. Imam Bukhari melawat Damsyik, Kaherah, Baghdad, Basra, Madinah dan lain-lain tempat untuk belajar dan membincangkan hadis-hadis yang dipelajari. Semasa di Baghdad, Imam Bukhari selalu berbincang dengan Imam Ahmed Hanbal, pengasas fahaman (mazhab) Hanbali.

Semasa pengembaraannya, Imam Bukhari hanya mempunyai satu matlamat – mengumpulkan seberapa banyak ilmu yang mungkin boleh dikumpul untuk membolehkan beliau membuat pengumpulan yang terbesar sunnah hadis Rasulullah s.a.w.. Beliau begitu giat menulis, dan pada satu ketika berkata "Saya sudah menulis mengenai 1800 orang, setiap satunya meriwayatkan hadis Rasulullah s.a.w., dan saya hanya menulis mengenai mereka yang lulus ujian yang ditetapkan."

Imam Bukhari mempunyai ingatan yang mengkagumkan, dan sumbangannya terhadap sains pengumpulan hadis tidak dapat ditandingi. Dia merakamkan hadis Rasulullah s.a.w. dalam buku "Al-Jami-al-Sahih”. Dia membuat penyelidikan selama 16 tahun dan meneliti 600,000 buah hadis sebelum memilih 7,525 buah hadis yang beliau berpuas hati menepati takrif kesahihan yang beliau tetapkan.

Dipetik dari : http://kutubsittah-pmram.blogspot.com/

 

©2009 ~ibnuahmad addumyati~ | by TNB